Sesuatu hidangan kerap dikaitkan dengan nama negeri. Misalnya, Char kuey teow yang berasal daripada Penang. Sudah tentu resepi Char kuey Teow Penang ingin dicari.
Bahkan walaupun banyak lagi jenis char kuey teow lain. Justeru, Char kuey teow Penang paling banyak dicari.
Namun terkadang kepuasan lain orang ialah berbeza. Walaupun telah mencuba kesemua char kuey teow yang dijual di kedai, tapi belum juga jumpa rasa yang mampu menggamit selera negeri Penang.
Banyak ragam si penjual Char Kuey Teow Penang. Kadang-kala letaknya kuey teow sedikit sahaja, manakala kadang juga seafood diletak satu dua sahaja, sayur dan rempah tidak terasa atau kuah yang tidak pekat dan banyak lagi masalah lain.
Jom cuba buat resepi Char Kuey Teow Penang. Baru puas hati makan. Anak-anak pasti akan bertambah selera makan. Apatah lagi sang suami.
Oleh itu, memang paling untung jika buat Char Kuey Teow sendiri. Untuk mendapatkan citarasa asli Penang, kami mendatangkan resepi daripada Haz Anna Hasan di laman Facebook. Resepi ini boleh anda cubakan untuk hidangan keluarga ataupun untuk berniaga. Selamat mencuba.
Resepi Char Kuey Teow Penang
Bahan Kuah :
2 kiub ikan bilis,
20-30 ekor kepala udang,
4 ulas bawang putih tumbuk,
1 senduk besar kicap mee,
1 senduk besar kicap manis,
1 senduk besar sos tiram,
1.25 liter air,
*1 sudu kecik petis (otak udang). Ini optional, tidak letak tiada masalah tapi orang memang bubuh ini untuk rasa asli Penang.
Cara-cara :
Rebus semua bahan di atas sampai mendidih dan kepala udang nampak masak.
Bahan Kuey Teow :
Tauge,
Kucai,
Udang,
Kerang,
Telur,
Kuey teow sebungkus.
Cara-cara :
Kalau ingin pedas tumis cili giling dengan sesudu minyak makan. Minyak tidak boleh banyak nanti kuah berminyak.
Kemudian masukkan kuah sesenduk dulu. Terus tumis kucai, kerang dan udang sampai separuh masak.
Masukkan lagi 3 senduk kuah dan masukkan mee sekali.
Masak sampai kue teaw masak dan lembut.
Masukkan tauge agak lambat sedikit supaya tidak lembik masa makan.
Kemudian pecahkan telur.
Gaul rata, tunggu mendidih balikkan terus tutup api.
Siap.
Cara Menyediakan Jeruk Cili Hijau :
Rebus cili hijau ikut kuantiti yang diinginkan dalam periuk dicampur air yang separuh adunan air ialah cuka dan 3 sudu makan gula.
Apabila cili sudah bertukar warna pucat terus tutup api. Jangan rebus sampai lembik.
Sejukkan dan makan. (Kalau untuk 3 sudu makan gula selalu digunakan untuk 4-5 biji cili hijau. Kalau cili setengah kilo sesuaikan saja manis ikut tekak, nanti selepas perap dia tidak manis sangat pun).
Resepi Menarik Lain
Selain resepi char kuey teow penang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.