Pada perkongsian kali ini kami menuliskan resepi cendawan shiitake yang menarik dan patut cuba. Resepi cendawan shiitake sos tiram.

Cendawan shiitake berwarna hitam dan agak bulat. Ianya lembut dan beraroma khas. Biasanya dimasak sebagai pelengkap dalam sizzling, mee dan sup.

Resepi cendawan shiitake sos tiram, sedap dihidang panas-panas, gandingkan dengan tom yam dan telur dadar. Juga sedap dimakan dengan nasi ayam madu.

Hidangkan cendawan shiitake sos tiram untuk makan tengah hari ini. Mestilah ramai ahli keluarga yang suka. Resepi daripada Rozmaliza Omar di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Cendawan Shiitake Sos Tiram

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 10 kuntum cendawan kering shiitake (direndam 15 minit),
  • 1 tin cendawan dalam tin (toskan airnya),
  • 2-3 sudu makan sos tiram,
  • 1 sudu makan kicap manis,
  • 2 ulas bawang putih (dicincang),
  • ¼ kiub ayam,
  • 1 sudu besar udang kering ditumbuk kasar,
  • Sedikit minyak masak,
  • Sedikit daun bawang,
  • Cili padi ikut pedas dicincang kasar,
  • Sedikit air tambah 2 sudu kecil tepung jagung.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga terbit bau dan kekuningan.
  2. Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis, kiub ayam, cili padi, udang kering dan air tepung jagung. Masukkan pula kedua-dua jenis cendawan. Kacau sebati.
  3. Setelah masak letakkan dalam pinggan. Taburkan daun bawang.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cendawan shiitake , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.