Air fryer ialah alat super canggih masa kini yang membuat masak jadi mudah. Hebatnya alat ini, bahkan orang yang tidak pandai masak pun boleh jadi pakar di dapur.

Selalunya orang gunakan air fryer untuk masakan simpel-simpel dan selalu dibuat misalnya ayam goreng, ayam/ikan panggang dan lain-lain. Kali ini kami akan kongsikan resepi menarik yang boleh anda cuba buat dengan air fryer iaitu burnt cheesecake.

Sebelum ini, membuat burnt cheesecake selalunya guna oven dan cantik kejadiannya. Namun bagaimana pula kalau guna air fryer? Guna air fryer mestilah cantik juga kejadiannya. Bahkan kek jadi lebih lembut luar dan dalam dan moist sangat, macam burnt cheesecake restoran pun ada. Jom cubakan buat burnt cheesecake yang dikongsikan oleh ‎‎Eikha Zakaria di laman Facebook.

Resepi Burnt Cheesecake

burnt cheesecake

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Cream cheese 250 gram,
  • Whipping cream 125 ml,
  • 3 biji telur,
  • ½ cawan gula pasir halus,
  • Tepung gandum 2 sudu besar,
  • Esen vanila 1 sudu kecil,
  • Perahan lemon 1 sudu besar (opsional), saya tidak letak pun.

    burnt cheesecake

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Blend semua bahan-bahan tadi satu persatu untuk dapatkan tekstur kek yang menarik. Boleh guna mixer.
  2. Sapukan bahagian dalam dan keliling loyang dengan butter sedikit untuk bagi kek tidak melekat sebab resepi ini memang tidak pakai baking paper.
  3. Kemudian letak pelan-pelan dalam Airfryer.

    burnt cheesecake

    Imej via Facebook

  4. Letak suhu 180°C masa 25-30 minit (bergantung pada burnt yang ingin anda dapatkan).
  5. Biarkan sejuk suhu bilik seketika sebelum dikeluarkan dari loyang.
  6. Boleh sejukkan kek dalam peti ais selama beberapa jam untuk mendapatkan tekstur kek yang lagi umpph!

    burnt cheesecake

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain burnt cheesecake air fryer, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.