Pempengaruh Media Sosial dan juga Ikon Inspirasi TikTok Shop, Khairul Aming Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming menjadi fenomena lagi setelah beliau memperkenalkan resepi Burger ala Prosperity di video masaknya.

Video beliau itu telah menambat hati rakyat Malaysia lebih-lebih lagi semenjak peperangan antara Israel-Palestin Oktober lalu, banyak restoran makanan segera terkenal telah diboikot oleh rakyat Malaysia.

Justeru, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan denga beberapa resepi Burger Prosperity yang sedap dan ringkas untuk anda sediakan sendiri di rumah.

Keunikan Burger Prosperity

Setiap tahun, Burger Prosperity adalah menu yang sentiasa dinanti-nanti oleh kebanyakkan rakyat Malaysia. Bahkan dikatakan juga menu popular sepanjang masa ini sentiasa mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia.

Keistimewaan burger ini yang membangkitkan selera setiap orang adalah dari sos lada hitamnya yang pedas dan bawang Holland yang segar.

Kemudian, di tambah pula bersama ‘Twister Fries’ dan ‘McFizz’, ia memang menjadi satu gabungan lengkap yang mantap!

Fakta kalori Burger Prosperity

Resepi Burger ala Prosperity – Khairul Aming

Bahan-bahannya:

  • 3 ulas bawang putih
  • Cendawan Shitake (dihiris)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air panas
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 biji awang Holland (dipotong kecil)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Sedikit kicap manis
  • 1 kiub pati lembu
  • 2 sudu besar lada hitam yang ditumbuk
  • 2 keping oblong lembu
  • 2 biji roti oblong

Cara penyediaan:

  1. Mentega dicairkan. Tumis bawang Holland dan bawang putih.
  2. Selepas bawang layu, masukkan pula cendawan hingga bertukar keemasan.
  3. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga ia kering.
  4. Kemudian, masukkan pula air, sos tiram, sedikit kicap manis, kiub pati lembu dan lada hitam.
  5. Semua bahan dikasar lalu tumiskannya semula sehingga mendidih.
  6. Selepas mendidih, ketepikan bahan tumis.
  7. Grill daging oblong lembu pula sehingga masak, dan celupkan ke dalam kuah lada hitam tadi.
  8. Sapu mentega pada roti dan bakar hingga garing.
  9. Burger Prosperity McMing anda siap disediakan dengan hirisan bawang Holland.
@khairulaming

Resipi burger ala prosperity. Boleh cuba buat sendiri kat rumah, senang jeee and sedap 😋 #makanlokal #foodtok #foodfestontiktok

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Resepi Keto Prosperity Burger

Bahan-bahan daging burger:

  • 500g daging kisar (kalau boleh buat daging kisar sendiri lebih baik) (boleh juga guna daging ayam)
  • 1 biji bawang besar – cincang halus
  • ½ cawan cendawan cincang halus (oyster/ shitake mushroom)(optional)
  • 1 sudu besar serbuk black pepper
  • Sedikit daun sup parsley atau daun ketumbar diracik halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil rempah (saya guna mixed herbs, origano, paprika) (optional)
  • Sedikit garam pink himalaya

Cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata. Anda boleh guna food processor untuk lebih mudah.
  2. Apabila sebati, terus bahagikan kepada beberapa bahagian. Bentukkan bulat/ memanjang menjadi burger oblong.
  3. Panaskan pan dengan sedikit butter, masak dalam 5 minit bagi setiap permukaan. Balikkan beberapa kali supaya masak rata terutama jika dibentuk tebal. Boleh grill dalam oven untuk lebih mudah.

Bahan-bahan sos black paper:

  • 2 sudu besar butter
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • sedikit himalayan salt
  • 3 sudu besar serbuk blackpepper (boleh kurangkan, saya suka letak banyak)
  • Sedikit serbuk paprika
  • Sedikit mushroom seasoning
  • 3 sudu besar whipping/cooking cream
  • Garam pink secukupnya
  • Sedikit air

Cara penyediaan:

  1. Panaskan butter. Masukkan bawang di dadu, biarkan seketika.
  2. Kemudian masukkan black pepper, garam pink, mushroom seasoning, paprika dan sedikit air.
  3. Masak sehingga sebati. Masukkan whipping cream. Boleh lebihkan black pepper kalau nak lebih rasa black pepper. Jika terlalu pekat, boleh tambah air/whipping cream
  4. Susun roti, daging burger, sos black pepper dan bawang.
  5. Anda boleh caramelize/ sautee kan sedikit bawang Holland (instead of mentah) untuk tabur atas daging burger sebab bawang lebih lembut dan wangi.

Penangan Khairul Aming, oblong Ramly sold out!

Baru-baru ini, Ramly Burger mengeluarkan notis yang  mereka akan restock semula daging oblong ekoran ia habis dijual gara-gara penangan Khairul Aming.

Dalam notis berkenaan, pihak Ramly menjealskan bahawa mereka akan restock pada hari Selasa dan turut mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang sudi membeli produk mereka.

“Oblong Lembu 350g dan Oblong Lembu 500g akan restock pada hari Selasa. Terima kasih kerana membeli produk Ramly bersama kami. Maaf atas kesulitan.”

Resepi orange Fizz homemade

resepi burger ala prosperity

Bahan-bahannya:

  • Air Sprite
  • 2 sudu besar pati Sanquick
  • Air
  • Ais batu

Cara penyediaan:

  1. Masukkan pati Sanquick ke dalam cawan.
  2. Campurkan setengah cawan air. Gaul sebati. Ambil gelas tinggi.
  3. Masukkan air oren. Lepastu masukkan ais batu.
  4. Kemudian tuang air Sprite.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Curly Fries

resepi burger ala prosperity

Bahan-bahannya:

  • 1/4 cawan susu cair
  • 1 biji telur
  • 600 gram kentang lenyek
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu teh tepung jagung

Cara penyediaan:

  1. Campurkan ke semua bahan tersebut dan masukkan ke dalam beg ziplock
  2. Kemudian gunting beg tersebut menjadi seperti paip.
  3. Buat bentuk melingkar terus ke dalam kuali panas. Angkat apabila fries berwarna keemasan.
  4. Akhir sekali taburkan garam.

Selain dari resepi Burger ala Prosperity ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan hidangan pencuci mulut seperti:

Sumber:

  1. Resepi Burger Ala Prosperity McMing. Khairul Aming
  2. Resepi Keto Prosperity Burger. Noorul Izzah Marzuki

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.