Asyik melintas resepi ini dekat Facebook. Sesiapa yang ternampak makanan ini mesti terus berkenan, sebab warna hijaunya sungguh menyelerakan. Bukan hanya tampak luaran sahaja yang menarik, melainkan dia punya rasa amat sedap, manis, segar, rasa macam aiskrim pun ada.
Apa yang buatkan buko pandan amat disukai ramai? Tidak lain tidak bukan adalah disebabkan rasa manis dan segar yang berasal daripada buah kelapa. Air kelapa inilah bahan utama buat buko pandan, di mana air kelapa segar dicampur dengan perisa pandan atau daun pandan, dan ditambahkan rerempah lain. Boleh bayangkan betapa lazatnya pencuci mulut ini?
Hidangan ini disebut berasal daripada Filipina. Buko pandan merupakan sejenis pencuci mulut yang makin sedap apabila dihidangkan sejuk. Makan buko pandan pada masa panas-panas memang nyaman sangat di tekak. Di bawah ini kami berkongsikan resepi buko pandan untuk 3 atau 4 orang sahaja. Jom petang ini layan buko pandan. Resepi daripada Putri Bungsu di laman Facebook.
Selain resepi buko pandan, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.