Alamak! Tak berselera nak makan? Tak boleh makan makanan pejal? Bolehlah masakkan bubur nasi. Kebiasaannya, ramai yang berfikir akan bubur ini hanya ketika sakit. Padahal menu ini boleh jer makan bila-bila pun.
Terdapat pelbagai jenis bubur nasi yang boleh di buat. Antaranya adalah bubur nasi bersantan, ayam, daging, ikan, seafood dan sayur-sayuran. Sedapnya makan panas-panas. Bubur ini bukan sahaja terkenal di Malaysia malahan seluruh pelosok dunia. Yang berbezanya hanya resepi dan cara memasaknya.
Resepi dari Ellyin Tan ini sangat mudah difahami dan diikuti. Jom tengok resepinya. Silap-silap bila dah cuba buat, tetiba rasa bubur ini macam bubur McD pula. Lagilah seronok, tak payah beratur panjang kat McD. Hahaha.
Bahan-bahannya:
Cara-caranya:
1. Masakkan bubur kosong sampai nasi separuh kembang.
2. Masukkan isi ayam seketul, ayam yg dicincang, halia dan kiub ayam.
3. Biarkan bubur sampai masak. Jika kurang air tambahkan lagi sedikit air. Keluarkan isi ayam. Ketepikan.
4. Masukkan garam secukup rasa. Tutup api.
5. Masukkan bubur dalam mangkuk, carik-carikan isi ayam. Hiaskan dgn bahan sampingan.
Senang dan mudahkan? Sekiranya ingin menggantikan ayam dengan yang lain seperti daging, udang atau ikan pun tiada masalah. Tambahan sayuran seperti lobak merah pun boleh. Bolehlah pelbagaikan bubur nasi nya. Jadi walaupun hari-hari bubur nasi, tapi hari ini ayam, esok daging dan seterusnya. Tentu orang yang memakannya tidak bosan dan bertambah selera.
Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Bubur Nasi ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencubanya.