Tahu atau tidak, brownies merupakan kek bantat? Sejarahnya bermula apabila seorang pembuat kek terlupa untuk memasukkan serbuk penaik ke dalam adunan keknya. Jadi, apabila telah habis dibakar, dia mendapati keknya itu bantat dan kenyal. Sepatutnya, kek tersebut haruslah berpori, tebal, lembut dan naik, akan tetapi, hasilnya itu tidak sebegitu. Maka, terjadilah brownies. Brownies telah diambil daripada istilah the deep brown colour of cookies. Brownies telah mula dikomersialkan di Amerika Syarikat pada tahun 1897.

Kini, di Malaysia, brownies kedut telah menjadi viral dan kegemaran semua orang. Cara pembuatnnya juga mudah jadi sesiapa juga boleh membuatnya. Jom kita lihat resepi brownies kedut yang telah menjadi viral ini.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Saripah Hashim dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook.

Resepi Brownies Kedut Viral

brownies kedut

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 400gm coklat masakan (guna dark berryl’s).
  • 150gm buttercup block.
  • 100gm tepung naik sendiri.(bluekey).
  • 100gm gula perang @ gula castor.
  • 1 sudu kecil esen vanila.
  • 4 biji telur gred A.

Cara – cara:

1. Double boiler coklat masakan dan butter sehingga cair. Gaul rata.Biarkan sejuk.Tips untuk dapatkan kedut.(A)

2. Pukul telur bersama gula perang, esen vanila. (B) pukul sederhana hingga sebati sahaja.

3. Dalam bekas lain ayak tepung naik sendiri. (C)

4. Masukkan (A) ke dalam (B). Kacau rata. Kemudian masukkan (C) sedikit demi sedikit ke dalam adunan (A) dan (B). Gaul rata.

5. Alas acuan 10’x10′ dengan kertas baking dan oleskan dengan butter. Tuang adunan brownies ke dalam acuan.

6. Bakar brownies ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan menggunakan suhu 160 C selama 30-40 minit.

7.Selepas masak renggangkan sedikit pintu oven untuk mendapatkan kedut yang menarik.

Saya sendiri olah dari resepi asal, Inilah resepi saya.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi brownies kedut ini, terdapat beberapa lagi resepi yang semestinya anda boleh cuba dan hidangkan kepada ahli keluarga! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini juga ya!

 

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.