Sejak kebelakangan ini brownies cheese memang jadi kegemaran ramai. Ramai orang tertarik pada brownies cheese daripada brownies coklat biasa. Sebab brownies cheese selain daripada terasa coklatnya juga terasa lemak cheese yang pekat.

Resepi kali ini pula iaitu menghadirkan resepi untuk para pecinta cheese, brownies cheese marble. Gambar pun nampak sangat memikat. Apalah lagi rasanya. Gerenti boleh makan licin sampai ke pinggan.

Brownies cheese ini tampak sangat mewah dengan corak di atasnya. Corak itu boleh diwarnakan mengikut tema acara anda apakah pertunangan, perkahwinan mahupun untuk buah tangan.

Tanpa buang masa, jom tengok resepi perkongsian ramai Laila Tony‎ di laman Facebook. Confirm anak-anak anda terutamanya akan sangat menggilai brownies ini. Makan sampai menjilat jari.

Resepi Brownies Cheese Marble

brownies cheese

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 250 gm mentega
  • 1 cawan serbuk koko
  • 3 biji telur gred B
  • 1 1/2 cawan gula castor
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (ayak dengan BP & SB)
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bikarbonate
  • 1 tsp esen vanilla

Cara-cara :

  1. Cairkan mentega. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
  2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
  3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
  4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
  5. Panaskan oven pada suhu 175’C. Alas loyang 10″ x 10″ dengan grease proof paper.
  6. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies (saya tak guna, jadi memang susah saya nak keluarkan brownies).
  7. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
  8. Bakar selama 20 min menggunakan api atas dan bawah.
  9. Selepas keluarkan brownies dari oven, tuangkan adunan cheese dan ratakan.
  10. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Buat line panjang-panjang dulu. Pastu tarik ke kanan (guna lidi). Kemudian ke kiri. Selang-seli hingga siap.
  11. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar lagi selama 15 minit atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Bahan-bahan Lapisan Cheese :

  • 250 g cream cheese
  • 1 cawan gula castor
  • 1 biji telur gred B

Cara-cara :

  1. Pukul cream cheese hingga gebu.
  2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

Nota: Masa pukul adunan brownies, tak payah guna mixer, sebab brownies akan naik terlebih. Patutnya guna tangan saja.

brownies cheese

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi brownies cheese, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.