Kali ini, kami kongsikan resepi Bombolini Red Velvet Cheese. Bombolini ini menggunakan red velvet sebagai bahan asas dan untuk filling hanya menggunakan cheese. Walupun fillingnya hanya cheese. Dah cukup sedap tau. Resepi yang dikongsikan oleh Nojha Izaniey Ibrahim di laman Facebook ini mendapat perhatian ramai tau. Tambah-tambah resepi ini digunakan oleh beliau untuk menjual.

Jadinya, kalau ada yang nak buat meniaga pun boleh. Bombolini nih agak popular juga di kalangan orang ramai terutamanya di kalangan orang muda. Hasil jualan nya, bolehlah kalau nak menambah pendapatan sampingan untuk keluarga.

Jom tengok resepinya. Pasti anda rasa tak sabar untuk membuatnya.

Resepi Bombolini Red Velvet Cheese

Bombolini Red Velvet Cheese

Imej via Facebook

Resepi Bombolini:

  • 400 gram tepung roti
  • 100 gram tepung gandum
  • 80 gram majerin/butter
  • 80 gram gula halus
  • 6 gram yis cap saf (tak bau masam)
  • 50 gram susu tepung
  • 10 gram kfine (apa-apa pelembut roti)
  • *susu full cream 280ml
  • *telur 1 biji
  • *1 sudu kecik garam..
  • *redvelvet paste 1 sudu besar
  1. Campur bahan-bahan bertanda *.  Kacau sehingga sekata. Asingkan.
  2. Campurkan kesemua bahan-bahan yang kering dahulu.
  3. Masukkan marjerin dan bahan-bahan basah tadi.
  4. Uli sehingga 20 minit menggunakna bread maker.
  5. Rehatkan dalam peti sejuk selama 20 minit.
  6. Uli lagi sehinga elastic
  7. Bentukkan bulat-bulat
  8. Biarkan sehingga nampak naik 2 kali ganda
  9. Kemudian gorengkan dengan api kecil/sederhana
  10. Dah siap goreng, biarkan sejuk sedikit dan bolehlah taburkan snow dusty suger/powder

Resepi Filling:

  • cream cheese tatula 250g.
  • gula aising 1/2 cawan
  • asin vanila
  • non dairy whiping cream 1/2 cawan
  1. Mix sampai kental
  2. Nak masuk kan fiiling tu, tebuk dengan pisau
  3. Isikan secukup rasa
  4. Akhir sekali letakkan chedar cheese parut

Dah siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Bombolini Red Velvet Cheese , kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya .

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.