Cheese tart merupakan salah satu hidangan pencuci mulut yang digemari oleh rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai jenis cheese tart yang boleh diperolehi di kedai bakeri. Tetapi adakah anda tahu bahawa kuih ini boleh disediakan di rumah dengan amat mudah? Kos untuk menyediakannya juga amatlah murah dan berpatutan jika dibandingkan dengan anda beli di kedai. Tetapi, anda perlulah mengikut resepi yang disediakan oleh kami untuk memastikan kesedapannya.
Kali ini kami bawakan resepi blueberry cheese tart. Cuba anda bayangkan kesedapan blueberry cheese tart. Kulitnya diluar sangatlah crunchy, digabungkan dengan rasa lemak cheese bersama manisnya blueberry. Salah satu gabungan hidangan yang amat menyelerakan. Pasti akan dapat menarik selera sesiapa sahaja yang mendengarnya, apatah lagi jika melihat rupanya. Ha, ini adalah salah satu resepi memikat suami!
Resepi blueberry cheese tart gebu ini telah dikongsikan oleh Azwa Zakaria dan telah mendapat banyak like dan share di Facebook. Jom, let’s check it out!
Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba untuk dihidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya!