Kami pasti ramai yang mempunyai tabiat suka mengunyah makanan seperti gula-gula, kekacang, biskut, kuih muih dan sebagainya. Bagi yang tidak mempunyai masalah kesihatan, memang bahagialah mengunyah sampai ke sudah yer dak? Bagi yang mempunyai masalah kesihatan, mengunyah tu haruslah berpada-pada agar tidak menjejaskan kesihatan diri.
Nampak macam sedikit je apa yang kita ambil sebagai snek, namun awas kandungan kalori yang terdapat di dalamnya. Sebagai contoh, sekeping biskut coklat chip mempunyai 30 kalori. Tapi, biasanya orang akan makan 3-4 keping jugak yer dak habis minimum pun. So, total lebih kurang 120 kalori. Kalau bertambah lagi selera, makin bertambah lah lagi kalori tu. Bila nak buang kalori tu?
Ha sebab tu kita kene berjaga-jaga dengan jumlah kalori makanan yang kita ambil. Sesuaikan diri kita dengan tahap olahraga dan senaman harian kita. Kalau kalori banyak yang diambil namun senaman tidak dilakukan, itu boleh mengundang bahaya pada tahap kesihatan diri kita.
Bercakap pasal makanan dan kalori, hari ini kami akan kongsikan resepi biskut cornflakes buat anda. Resepi ini menggunakan bahan utama bijiran cornflakes berkhasiat buat santapan snek anda. Namun, kalori tetap ada ya, jadi berpada-padalah dalam mengambil portion yang betul untuk diri sendiri.
Resepi ini telah dimuatnaik oleh saudari Nur Kaseh di laman facebook. Selamat mencuba ya!
Selain resepi biskut yang mudah ini, terdapat banyak lagi resepi-resepi sedap yang lain. Jemput lihat kesemuanya dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!