Biskut arab termasuk dalam senarai biskut yang disediakan pada hari raya. Biskut arab penyediaannya paling simple tapi sedap cair dalam mulut. Kanak-kanak sangat menyukai biskut ini.

Resepi yang dikongsikan oleh Zalina Yahaya di Facebook ini boleh dapatkan 192 biji biskut arab. Kalau anda rasa terlalu banyak boleh buat setengah adunan sahaja. Resepi ini mendapat perkongsian dan like sangat ramai.

Apabila anda ingin mendapat rasa biskut arab yang asli padu, gebu dan meletop sila ikut saja resepi yang ditulis di bawah ini sebiji-sebiji serta bahan yang digunakan juga kena ikut. Tetapi kalau anda mahu tukar kepada bahan brand lain contoh guna buttercup, minyak sapi timbang atau apa sahaja terserah pada anda. Tapi rasa confirm tidak sama. Sila cuba.

Resepi Biskut Arab

biskut arab

Imej via Facebook

Bahan-bahan

Bahan A :

  • 380 gm minyak sapi QBB. *
  • 125 gm Planta.*
  • 70 gm gula aising/castor.*
  • 1150 gm tepung gandum .
    ( 1 kilo dan 150 gm. Biasa guna bluekey)

Cara Membuat :

1. Satukan semua bahan bertanda *, Kacau sebati. Kacau dengan senduk kayu saja. Tak payah guna mixer. Kita mahu kacau sampai sebati saja bukan sampai kembang gebu. Minyak sapi tak perlu dicairkan. Ceduk dari tin, terus guna.

2. Selepas sebati masukkan tepung sedikit-sedikit.

3. Lepas semua tepung dah masuk, buat bulat-bulat. Kalau mahu sama besar guna sudu sukat. Sukat dulu baru buat bulat-bulat. Guna sukatan 1/2 sudu besar.

4. Kemudian sudah siap bulat-bulat. Bakar pada suhu 160’C selama 30 minit. Tapi kena ikut oven masing-masing. Jangan garing sangat. Tengok bahagian bawah kalau sudah coklat sedikit boleh angkat.

5. Sejukkan dahulu baru golek atas gula castor atau gula aising.

biskut arab

Imej via Google

Tips Biskut Sedap :

Untuk rasa yang lebih asli dan cair di mulut. Sila jemur tepung anda di bawah panas matahari. Atau kalau malas (confirm hampa malas) masukkan dalam oven sekejap. Panaskan tepung pada suhu 160’C selama 10 minit. Lepas itu biar tepung sejuk dulu.

Resepi Menarik Lain

Terimakasih kerana mengunjungi laman web kami. Selain resepi biskut arab, kami juga menulis resepi lain yang menarik dan lengkap serta mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.