Biskut buah almond atau badam, atau kek badam, adalah sejenis biskut yang dibuat dengan badam yang digoreng dan dicincang. Biskut ini sangat rangup dan sedap.
Biskut ini biasa dihidang pada hari raya. Tak dinafikan lagi biskut ini memang laku di hari raya dan diminati oleh mak-mak mahupun kanak-kanak kerana rasanya yang rangup dan sempurna.
Tanpa tunggu lama, kami akan berkongsi kepada anda resepi biskut almond legend yang dikongsikan oleh Rose Eatie Eatie di Facebook. Resepi yang telah dipakai selama 10 tahun berjaya memikat hati orang ramai.
Untuk membuat biskut almond london ini, Rose Eatie Eatie menggunakan coklat jenama KC Candy dan 1 lagi tak ada jenama, coklat masakan KC tak perlu letak apa-apa untuk cairkan dia dan coklat yang 1 lagi perlu letakkan shortening @ coco butter untuk cairkan. Selamat mencuba.
1. Dalam 1 bekas masukkan butter dan gula. Kacau pakai senduk.
2. Masukkan esen vanilla dan telur. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan semua jenis tepung dan sebatikan. Kalau rasa lembik tambah tepung, kalau rasa keras tambah butter, bakar suhu 180 selama 20 minit.
3. Untuk coklat gunakan teknik double boil.
Selain resepi biskut almond london, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.