Perkongsian kali ini iaitu popia kacang hijau a.k.a. batang buruk. Kenapa dipanggil batang buruk ya?
Bentuknya yang panjang menyerupai batang. Diambah taburan kacang hijau menambah andaian seakan ia sebuah batang pokok yang buruk.
Namun rasanya tidaklah seburuk tampilannya. Batang buruk dibuat menggunakan kulit popia menjadikan ia rangup. Taburan gula aising dan susu tepung membuat ia terasa lemak manis.
Batang buruk sedap untuk dijadikan camilan hari Raya. Tidak bosan makan dan tetamu mesti suka. Kanak-kanak hingga orang dewasa selalu menginginkannya. Selamat mencuba resepi perkongsian daripada Sarina MdNayan di laman Facebook.
Selain resepi batang buruk , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.