Mencari resepi masakan ayam yang menarik? Anda berkunjung ke laman web yang tepat kerana kami akan mengongsikan kepada anda resepi yang sangat menarik iaitu resepi ayam masak tomato sedap.
Rasa pedas, manis, masam tomato segar yang berbaur dengan cili pedas membuat masakan ini kaya akan rasa. Resepi ayam masak tomato memiliki kuah pekat walau tidak menggunakan santan. Sekilas bentuknya seperti rendang ayam.
Orang yang menyukai tomato confirm akan sangat menyukai resepi ini. Ayam masak tomato pula sesaui dihidangkan untuk kenduri dan majlis-majlis lainnya.
Anda yang teringin membuat ayam masak tomato boleh merujuk resepi yang dikongsikan oleh Makcik Ratu di Facebook yang kami bentangkan lebih detail pada resepi di bawah ini. Selamat mencuba.
Untuk bahan kisar tambahkan 1 cawan air.
1. Ayam basuh bersih dan toskan. Gaulkan dengan garam dan kunyit.
2. Goreng ayam. Jangan goreng terlalu garing nanti jadi keras.
3. Tumis bahan kisar sehingga wangi selama 15 minit dengan api perlahan.
4. Kemudian tambah 1/2 cawan tomato puri, masak sehingga pecah minyak. Kalau mahu pekat boleh renihkan.
5. Kemudian masukkan ayam.
6. Masukkan 3/4 tin cawan susu cair.
7. Tambah serbuk secukup rasa Megi/garam.
8. Masukkan gula.
9. Gaul semua sehingga rata dan biarkan mendidih.
10. Tutup api. Tambahkan tomato yang dibelah dan kacang peas tin jika suka. Siap.
Selain resepi ayam masak tomato, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya!