Resepi Ayam Masak Ingkung Jawa merupakan salah satu masakan tradisi masyarakat Jawa yang amat menyelerakan. Ayam dimasak seekor membolehkan dagingnya sangat berjus dan lembut tau.

Resepi tradisi Jawa ini dikongsikan oleh Azlan Syazani Adanan di laman Facebook.

Resepi Ayam Masak Ingkung Jawa

Ayam Masak Ingkung Jawa

Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • Ayam – 1 ekor (cuci bersih, lumur dengan limau nipis, cuci semula dan ikat kaki serta bahagian dada. Ikat guna daun pandan)
  • Cili Besar – 3 biji*
  • Bawang merah- 8 biji*
  • Bawang putih- 6 biji*
  • Halia- 2 inci*
  • Kunyit hidup- 4 inci*
  • Cili padi- 4/5 biji* (jika suka pedas)
  • Buah keras – 6 biji* (sangai dahulu)
  • [email protected] 3 inci*
  • Lengkuas- 4 inci (ketuk)
  • Serai – 2 batang (ketuk)
  • Serbuk Ketumbar- 1/2 sudu makan
  • Serbuk Lada Hitam- 1 sudu makan (lada hitam biji blend sekali dengan bahan lain)
  • Daun salam- 6 helai
  • Daun limau purut- 6 helai
  • Santan pekat- 1 paket (sy guna santan segar)
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Gula pasir (sedikit sahaja)
  • Asam jawa
  • Minyak masak

Cara-cara penyediaannya:

  1. Kisar semua bahan bertanda * bersama sedikit air dan minyak sehingga halus.
  2. Panaskan minyak. Masukkan serai dan lengkuas.
  3. Masukkan bahan kisar, serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan ayam dan lumur rata semua bahan yang telah ditumis tadi. Masukkan rempah tumisan sedikit ke dalam perut ayam.
  5. Masukkan santan dan air sehingga separuh ayam.
  6. Masukkan daun salam dan daun limau purut.
  7. Perasakan dengan garam, asam jawa, serbuk perasa dan sedikit gula.
  8. Masak sehingga kuah memekat dengan api sederhana selama lebih kurang 40 minit dan tutup periuk atau kuali. Sentiasa bolak-balikkan ayam supaya masak sekata.

Dah siap. Insyallah hidangan ini akan sangat menyelerakan. Masyarakat Jawa selalu buat ini untuk bancaan, kesyukuran atau majlis-majlis istimewa. Memang sangat sedap dimakan bersama nasi putih atau Nasi Ambeng. Apa lagi, jangn lupa cuba ya resepi ini.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.