Apakah menu hidangan ayam kesukaan anda? Sudah bosan dengan menu ayam yang itu-itu sahaja?Sebaiknya anda boleh mencuba resepi viral dan digilai ramai satu ini! Resepi ayam masak Bali.

Sekarang kami akan mengabulkan permintaan anda semua. Resepi ayam masak Bali yang sangat digilai ini telah dikongsikan oleh Izzati Insyirah Rosli‎ di Facebook. Resepi ini telah mendapat perkongsian sebanyak 18.3K. Waaah mesti resepi ini sangat power!

Anda-anda yang dirumah, cik atau makcik ataupun pakcik, mari tengok resipi yang kami kongsikan ini. Gerenti orang yang sudah memakan ayam masak Bali viral ini tidak mahu berhenti makan! Tidak kisah diet atau apa, anda mesti mencuba resepi ini dirumah.

Resepi ini sangat mudah dan tak leceh sedikitpun, namun rasanya sangat sedap sampai menjilat jari! Silakan dicuba.

Resepi Ayam Masak Bali (Viral dan Digilai!)

Resepi ayam masak bali

Imej via google

Bahan-bahan yang Digunakan

  • 1 ekor Ayam
  • 6-8 batang serai dititik
  • 8 helai daun kari
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu kecil garam
  • Kicap manis 5 kali titik
  • Serbuk kunyit
  • Garam

Bahan kisar

  •  Segenggam cili kering (rebus)
  •  5-6 biji bawang besar
  •  Seinci halia
  •  Sedikit belacan
  •  Satu labu bawang putih
    (Kisar halus ya)
Resepi ayam masak bali

Imej via facebook

Cara Membuat Ayam Masak Bali

1. Bersihkan ayam. Lumur dengan kunyit dan garam (Tak perlu banyak)
2. Goreng dalam 10-15 minit (jangan garing sangat). Ketepikan.
3. Minyak menggoreng ayam tadi digunakan untuk goreng serai. Sehingga menjadi kaler coklat2 kuning.
4. Masukkan daun kari. Kacau dan goreng. Jangan sampai hangus ya (api sederhana)
5. Masukkan cili yang dikisar dan biarkan garing.

Resepi ayam masak bali

Imej via facebook

6. Masukkan kicap. 5 kali titik (kali goncang). Masukkan garam dan gula. Gaulkan
7. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
8. Gaul rata dan biarkan dalam 8-10 minit. Siap.

Resepi ayam masak bali

Imej via facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Ayam Masak Bali, kami juga menulis resepi lain dipostingan sebelumnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya..

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.