Masak apa ya hari ini? Apakata masak ayam kukus Chinese pula!

Masakan Chinese tidak pernah mengecewakan. Ia selalu sedap dan dicari-cari. Bahkan di restoran Chinese muslim ayam kukus antara menu kesukaan.

Seperti ayam kukus, walaupun tampak tampilannya biasa saja, warna pucat, tidak garing, tidak pedas namun ia sangat sedap. Sihat pula dari sudut kesihatan.

Berbicara tentang sihat, ayam kukus memang antara hidangan yang cukup sihat. Ia tidak berminyak, tidak berkolesterol tinggi. Sesuai untuk orang yang sedang dalam masa berpantang.

Hairul Nizam Ijam dan Illyani Daud telah berkongsikan resepi menarik ini di laman Facebook tentang resepi ayam kukus. Selamat mencuba.

Resepi Ayam Kukus Chinese

ayam kukus

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam dipotong 20-24 (macam buat nasi ayam).
  • 2 inci halia dihiris nipis,
  • 5 batang daun bawang dipotong panjang,
  • Garam secukup rasa,

Bahan Perap :

  • 3 sudu besar kicap cair,
  • 2 sudu teh minyak bijan,
  • 1 sudu teh lada serbuk hitam.
  • Garam secukup rasa.
  • Gaul semua bahan dan lumur pada ayam perap lebih kurang 1 jam.

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan kukusan pada api besar.
  2. Susun ayam di atas pinggan kukusan.
  3. Taburkan halia dan daun bawang.
  4. Kukus sehingga empuk.
  5. Siap.

    ayam kukus

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ayam kukus chinese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.