Anda perasan tak kenapa ayam goreng mamak itu rasa sedapnya lain. Sudah cuba buat sendiri ayam goreng tapi tidak juga sama rasa dengan ayam goreng kedai mamak. Hujung-hujungnya buat ayam goreng tepung biasa saja.

Tidak jarang ada kawan atau bahkan keluarga anda sendiri suka beli ayam goreng mamak. Dengan alasan sedap, rangup, dagingnya empuk, tidak pedas walau warnanya merah seperti itu, bahkan kanak-kanak juga suka.

Maka demi penyelesaian untuk penasaran anda, kami berkongsi resepi ayam goreng mamak yang sedap, rangup dan confirm keluarga anda akan menyukainya! Resepi ini dibahagikan oleh Qhamcyahh Hidayat di Facebook dan telah mendapat perkongsian ramai.

Mulai hari ini, anda dan keluarga tidak perlu lagi pergi kedai mamak setakat beli ayam goreng saja. Boleh buat ayam goreng mamak sedap selepas ini. Lagi ayam goreng satu ketul mahal juga kan. Kalau buat resepi sendiri anda boleh berjimat juga selepas ini. Sila cuba resepi ini.

Resepi Ayam Goreng Mamak

ayam goreng mamak

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam.
  • 6 sudu makan tepung jagung.
  • 6 sudu makan tepung beras.
  • 3 tangkai daun kari.

Bahan untuk dikisar :

  • 6 ulas bawang putih.
  • 2 inci halia.
  • 5 tangkai cili kering.
  • 2 sudu makan rempah kari.
  • 1 biji telur.
  • Garam secukup rasa.
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah.

Cara Memasak :

1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.

resepi ayam goreng mamak

Imej via Facebook

2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.

resepi ayam goreng mamak

Imej via Facebook

Sangat senang kan. Hanya dengan dua step anda dapat menikmati ayam goreng mamak kesukaan anda.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ayam goreng mamak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.