Daging tetel adalah cebisan potongan daging yang dijual oleh pejual daging tempatan. Lazimnya tetel ini adalah lebihan bahagian – bahagian daging yang tak dikehendaki seperti lemak dan bahagian urat daripada batang pinang ataupun daging pejal.
Mereka membersihkan daging itu daripada urat – urat dan lemak supaya dapat jual daging yang sudah bersih dengan harga yang lebih mahal. Bagaimanapun daging tetel ini sedap sebab ada urat – uratnya dan sedikit lemak. Kalau direbus sempurna, ia akan jadi sangat lembut dan sesuai untuk dimasak dengan pelbagai menu seperti kari atau pun lada.
Namun suka diperingatkan disini, daging tetel ini tak sesuai dimakan selalu kerana kandungan lemaknya yang tinggi, sayangilah jantung anda.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Zaimah Zakaria di Petua dan Resepi dan telah mendapat beribu – ribu like dan share di Facebook. Mari kita cuba resepi ini!
Nota: Boleh juga kalau nak rebus daging tetel dulu, air rebusan jangan dibuang dan boleh masukkan ke dalam kuah nanti.
Selain daripada resepi Asam Pedas Daging Tetel ini, terdapat banyak juga resepi lain yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda ya!