Siapa tengah mencari resepi aiskrim magnum viral?

Baru-baru ini resepi aiskrim magnum ramai dibincangkan. Resepinya amat ramai dicari di enjin pencarian. Apa yang istimewa sangat dari aiskrim magum ini?

Aiskrim magnum ialah aiskrim yang dibuat dengan aiskrim vanilla dan dilapis dengan coklat di luar. Semasa coklat digigit, aiskrim vanilla akan terasa cair dimulut. Memang macam aiskrim magnum asli!

Sekali rasa mesti tidak tahan ingin makan lagi dan lagi. Aiskrim vanilla yang lembut dan coklat di luar yang rapuh memang sedap. Tidak hanya anak-anak, mak dan ayah gerenti akan berebut makan sekali.

Untuk memenuhi permintaan ramai, di bawah ini kami kongsikan resepi aiskrim magnum viral yang dikongsikan oleh Fafae Mimie di laman Facebook. Berikut juga cara-cara supaya coklat tidak bercampur dengan aiskrim. Selamat mencuba.

Resepi Aiskrim Magnum Viral

aiskrim magnum

Imej via Facebook

Bahan Aiksrim Vanilla :

  • 200 ml whipping cream,
  • Setengah tin susu cair,
  • 3 sudu susu pekat,
  • 1 sudu esen vanilla,
  • 1 sudu kecik ovalet,
  • 1 sudu kecik glycerin. (Boleh jika tidak ingin pakai. Gunanya supaya aiskrim jadi gebu macam kedai, tidak keras macam ais batu).
    aiskrim magnum

    Imej via Facebook

Nota : Boleh beli aiskrim vanilla dalam bekas. Cairkan. Lagi murah dan sedap kerana whipping cream mahal.

Bahan Coklat :

  • Coklat masakan (guna dalam ¾ paket)

Cara-cara :

Aiskrim Vanilla :

  1. Blend semua bahan aiskrim vanilla dalam 3-5 minit hingga nampak kembang. Jangan lama sangat blend takut whipping rosak jadi berketul nanti.
  2. Agak-agak sebati dan kembang. Ketepikan.

Coklat :

  1. Double boilkan coklat bagi cair.
  2. Sejukkan sedikit bagi suam.

Cara Masukkan Dalam Plastik Aiskrim :

  1. Masukkan coklat dulu guna sudu. Boleh guna piping bag tapi risau coklat cepat keras, bila keras susah picit dan bazir coklat. Lagi mudah letak dalam bekas. Kalau coklat keras, double boilkan balik.
  2. Amik benda keras seperti kad, ratakan coklat dari luar. Di bagian atas tempat ikat itu kalau comot tolak sedikit coklat ke bawah, ratakan.
    aiskrim magnum

    Imej via Facebook

  3. Masukkan aiskrim vanilla tadi, ikat dan bekukan 5-6 jam. Tidak perlu risau, coklat dan aiskrim tidak akan bercampur.
    aiskrim magnum

    Imej via Facebook

Nota :

  1. Apabila aiskrim beku, ia tidak akan mahu ditolak naik ke atas macam aiskrim malaysia biasa. Maka, kalau ingin makan, gunting sedikit di kiri kanan dan plastik boleh terlipat ke bawah. Nanti tarik saja sampai bawah.
  2. Dapat dalam 11-12 batang aiskrim bergantung pada kepanjangan aiskrim.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi aiskrim magnum, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.