Hari yang panas jom minum air yang segar. Kali ini kami akan kongsikan resepi air soda herba segar diminum masa panas-panas macam ini.

Jika buat air soda untuk jamuan raya dan acara kenduri gerenti ramai peminat. Rasanya masam, manis, segar dan dahaga pun jadi hilang.

Asalnya air ini ialah untuk detox tapi dibuat jadi lebih menarik. Berikut ini kami hadirkan resepi air soda sedap daripada Fauziah Yahya di laman Facebook.

Bahan-bahan untuk membuat air soda amat mudah. Ada yang pakai bahan penyegar seperti kunyit, halia, kurma, kiwi, dan selasih. Anda boleh memasukkannya atau tidak sama sekali.

Resepi Air Soda Herba

air soda

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 botol ais krim soda,
  • 1 tin buah laici,
  • 1 biji lemon,
  • 2 batang serai,
  • Asam boi,
  • Daun pudina,
  • Ketulan ais.

Cara-cara :

  1. Campur semua nya.
  2. Jumlah bahan mengikut selera masing-masing. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi air soda, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.