Mahu kekal sihat dan cantik? Bukan mudah untuk kekalkan kedua-duanya sekali. Kita perlu menjaga makan dan perbanyakkan bersenam untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat.
Apabila tubuh badan sihat dan cergas, baru boleh buat semua kerja dengan lancar dan baik. Pemakanan juga perlu jaga agar dapat mengekalkan kulit yang anjal dan cantik. Kulit sudah cantik baru ada keyakinan diri untuk keluar dan bergambar.
Untuk kekalkan kedua-dua sekali bukan mudah tetapi ada cara yang mudah. Antaranya adalah mengamalkan air detox setiap hari. Hanya dengan menggunakan 4 bahan sahaja boleh membuat air detox. Kosnya juga rendah dan murah.
Apakah bahan-bahannya dan cara membuatnya?
Mari kami kongsikan kepada anda mengenai resepi air sihat cantik. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Lily Rose di laman Facebook Masak Apa Hari Ni. Air ini diamalkan oleh puan Lily dan memberi kesan yang positif kepadanya. Jom ketahui resepi air sihat cantik.
1. Rebus halba, halia, serai dgn 3 cawan air sehingga mendidih.
2. Tunggu suam baru perah lemon.
Tips: Untuk kesan yg optimum rebus halba sehingga pecah biji. Lagi kuning warna air lagi bagus. Saya amalkan sehari segelas sebelum tidur. Sukatan ni dapat dalam 2 gelas air.
Info tambahan : Bagi wanita yg mengandung tidak sesuai diamalkan.
*Mudah bukan? Hanya menggunakan 4 bahan sahaja, kita boleh mendapatkan kulit yang cantik dan tubuh badan yang sihat. Minum sehari segelas sahaja, lelaki juga boleh mengamalkan air minuman ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.