Kita selalu lihat dalam filem atau drama cerita Hollywood, pelakon-pelakon akan minum sejenis air di bar atau parti. Ia terlihat seperti air pudina biasa tetapi ia adalah air mojito (tidak halal). Ia mengandungi alkohol, jadi haram bagi muslim untuk minumnya.

resepi air mojito
Imej via Facebook

Cara yang betul untuk menyebut mojito adalah mo-hi-to-ya. Kita tengok macam sedap je air yang mereka minum macam air limau biasa sahaja. Jika teringin, boleh je untuk kita buat air mojito sendiri di rumah. Halal pulak tu.

Bagaimana?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai resepi air mojito halal. Resepi ini dikongsikan oleh Encik Muzairee Daud. Beliau merupakan usahawan di Ryverra Chocolate. Beliau juga gemar berkongsi info dan cerita yang bermanfaat di laman Facebooknya.

Resepi air mojito halal

Mojito ni kalau dekat Cafe biasa-biasa pun dalam RM6 ke RM8 juga segelas. Kalau Cafe ada bintang bintang boleh jadi double harganya!

Bahan-bahannya :

resepi air mojito
Imej via Facebook
  • 3-5 biji limau nipis
  • 1 botol aiskrim soda
  • Secekak daun pudina
  • Pemanis macam gula, madu ( jika perlu)

Cara-caranya :

resepi air mojito
Imej via Facebook

1) Pudina tadi carik-carik kan dan masukkan dalam jug macam ni

resepi air mojito
Imej via Facebook

2) Kemudian perah kan limau. Tapis kalau tak nak gigit bijinya. Tips untuk jusnya banyak, gelek kan dulu sebelum perah.

resepi air mojito
Imej via Facebook

3) Kalau nak manis, boleh tambahkan madu atau gula cecair lain. Kalau tak ada pun takpa sebab aiskrim soda tu pun dah manis.

resepi air mojito
Imej via Facebook

4) Masukkan kiub ais sampai penuh jug.

resepi air mojito
Imej via Facebook

5) Tuangkan aiskrim soda pun hingga penuh jug.

resepi air mojito
Imej via Facebook

6) Kacau sebati dan sedia untuk diminum

*Hanya menggunakan 4 bahan sahaja termasuk madu/gula. Kosnya juga tidak sampai RM10 tetapi kuantitinya banyak. Boleh dibuat untuk seisi keluarga. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.