Banyak kes-kes yang sakit sendi tulang di kalangan orang-orang yang berumur. Terutama sekali mak ayah kita yang umur semakin meningkat. Selalu mengadu sakit lutut, tidak boleh berjalan lama dan membuat kerja-kerja rumah seperti berkebun dan mengemas rumah. Mereka ingin beribadah juga susah, tidak boleh beribadah seperti biasa.

Sebagai anak-anak, kita mesti menjalankan tugas menjaga mak ayah kita. Kita belikan mereka ubat-ubat untuk sakit sendi mereka, bawa mereka ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk merawat sakit mereka. Tetapi cukup ke semua yang kita lakukan ini?

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai resepi air epal hijau yang baik untuk sakit sendi. Info ini dikongsikan oleh Puan Noriza Rahman. Puan Noriza adalah perantis untuk produk Zathura Herbs. Selain itu, dia penulis blog untuk mommaVague. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Puan Noriza.

Resepi air epal hijau.

Bahan-bahan :

  • 2 biji epal hijau
  • 4 – 5 batang serai (kalau besar 3batang pun cukup)
  • 1 batang kayu manis ceylon / powder 
  • 5 gelas air

Cara-cara :

resepi air epal hijau untuk sakit sendi
Image via Facebook

1. Rebus sampai jadi 4gelas air, minum time suam. 

2. Minum 2 kali sehari.

3. Boleh minum setiap hari atau 2-3 kali seminggu.

4. Epal boleh dikunyah atau diblender.

resepi air epal hijau untuk sakit sendi
Image via Facebook

Kebaikan air epal hijau.

Epal, serai dan Kayu Manis Ceylon memang anti inflammation, maksudnya anti keradangan. Tiga tiga bahan ni power dan terbukti berkesan untuk sakit sendi. Sebab tu ramai yang berkesan bila minum air ni. InsyaAllah.

Kulit Epal Hijau nak kena buang ke tak? Tak payah. Cuci bersih dan rebus skali ngan kulit. Kulit Epal ada 5 kali ganda antioxidant. 

*Selepas ini, Boleh cuba resepi air epal hijau yang baik untuk sakit sendi. Boleh buat untuk mak ayah kita yang selalu mengadu sakit lutut. Resepi ini mudah, cepat dan berkesan. Bahan-bahannya pula mudah didapati di mana-mana kedai. Kita perlu rajin dan konsisten, insyaallah sakit akan cepat sembuh. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.