Majoriti masyarakat mempunyai masalah yang sama iaitu sukar untuk menurunkan berat badan. Pelbagai cara yang dilakukan untuk menurunkan berat badan seperti mengambil pil kurus. Cara ini tidak bagus untuk menurunkan berat badan kerana ia akan memberi kesan sampingan kepada tubuh badan.

Cara yang sihat untuk menurunkan berat badan adalah dengan minum air kosong banyak-banyak. Minum air kosong perlu mengikut berat badan itu sendiri. Jangan minum air kosong terlalu sedikit atau terlalu banyak. Sekurang-kurangnya 6 hingga ke 8 gelas sehari.

Tetapi kita juga ingin mendapatkan khasiat yang cukup untuk tubuh badan kita. Air kosong memang bagus untuk hidrasi, tapi tidak salah kalau kita ingin menambahkan lagi khasiat dalam minuman dalam diet seharian kita.

Mari kami kongsikan info mengenai resepi air detox menggunakan 4 bahan berwarna oren dan kuning. Tips ini dikongsikan oleh Puan Sarifa Redzuan. Puan Sarifa merupakan bekas pakar spa di Hard Rock Hotel Penang. Dia juga menguruskan kursus spa dan kursus produk spa. Jom kita baca resepi yang diberi oleh Puan Sarifa.

Resepi air Detox

Bahan-bahannya :

Resepi air detox bahan oren dan kuning
Imej via Facebook

✅ Lobak Merah – 3 batang

✅ Kunyit hidup – 1 ketul sebesar ibu jari

✅ Orange – 2 biji

✅ Halia – 1 ketul sebesar 1/2 tapak tangan

✅ 2-3 cawan air

Cara-caranya :

✅ Kupas kulit halia dan kunyit hidup dan hiris

✅ Kupas lobak dan hiris

✅ kupas kulit buah oren dan hiris

✅ Masukkan ke dalam pengisar semua bahan dan kisar sehingga menjadi halus

Cara Minum

Minum sehari sekali sebelum sarapan pagi.

Khasiat bahan-bahan yang digunakan

Lobak

Kandungan kalori yang rendah dan kaya dengan serat di mana ia amat baik untuk penurunan berat badan. Jus lobak meningkatkan rembesan hempedu yang membantu membakar lemak dan seterusnya mengurangkan berat badan.

Buah oren

Buah Oren rendah kalori dan tinggi vitamin C serta serat.

Halia

Halia adalah superfood untuk penurunan berat badan.

Kunyit

Kunyit mempunyai sifat anti-keradangan.

*Mudahkan resepi air detox yang dikongsikan oleh Puan Sarifa. Bahan-bahan yang digunakan juga mempunyai khasiat yang bagus-bagis dan elok untuk kulit kita. Bahan-bahannya juga mudah untuk dicari di mana-mana. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.