Kedatangan si kecil pasti amat dinanti-nantikan oleh pasangan yang sudah berumah-tangga dalam memenuhi kelengkapan sebuah keluarga yang baru dibina. Bagi pasangan yang belum mendapat cahaya mata selepas beberapa tahun berkahwin, pastinya membuahkan tekanan ataupun rasa sedih dalam kalangan mereka.

Terdapat pelbagai cara untuk mencapai hajat dalam mendapatkan cahaya mata. Caranya adalah melalui rawatan tradisional dan rawatan teknologi moden. Syukurlah kerana banyak kaedah rawatan kesuburan yang boleh anda cuba untuk membantu proses kehamilan.

6 Jenis Rawatan Kesuburan Perlu Anda Tahu

Jom kami kongsikan 6 jenis rawatan kesuburan yang isteri patut tahu. Kalau di Malaysia misalnya, rawatan kesuburan ini boleh dilakukan di Klinik Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ataupun di sesetengah klinik kerajaan dan swasta yang khususnya menyediakan rawatan ini. Rawatan tradisional juga mempunyai tempat khas yang tertentu untuk anda membuat rawatan kesuburan.

Imej via [Pantangplus]
Imej via [pantangplus]

1. Mengambil Supplement Hormon

Rawatan kesuburan yang biasa dilakukan adalah dengan mengambil supplement ataupun pil hormon. Nama popular pil ini amat terkenal dengan nama ‘Pil Clomid’. Pil ini dapat membantu wanita dalam membebaskan telur pada peringkat ovulasi di kitaran haid secara berkesan dengan peningkatan pada rembesan hormon. Proses ini dikenali sebagai FSH (follicle stimulating hormone) dan LH (luteinizing hormone).

Pengambilan Pil Clomid

Jika pasangan mempunyai kesuburan normal tetapi si isteri masih belum berjaya untuk hamil dan kitaran haidnya tidak normal, biasanya doktor akan mengesorkan pil ini. Dengan menggunakan kaedah ini, doktor akan mengesorkan agar mengambil pil ini 5 hari berturut-turut pada hari ketiga kitaran haid.

Selepas 7 hingga 8 hari selepas rawatan pil Clomid, ovulasi akan berlaku dan doktor akan mengesahkan waktu terbaik untuk melakukan hubungan intim. Ujian untuk mengetahui waktu ovulasi dapat disahkan dengan ujian darah, ultrasound serta ujian suhu badan.

Tahukah anda, sepanjang pengambilan pil ini, pesakit akan mengalami beberapa kesan sampingan seperti tidak enak badan dan kembung perut semasa melakukan hubungan intim tersebut.

2. Pembedahan

Rawatan kesuburan juga boleh dilakukan dengan pembedahan utama iaitu pembedahan kecil yang dikenali dengan nama ‘laparotomy’ seperti ‘endoscopy’ yang boleh mengatasi masalah ini.

Di dalam prosedur ini, doktor akan membuat pembukaan pada bawah abdomen untuk melihat keadaan pelvis secara sepenuhnya. Kaedah ini dapat merawat masalah kesuburan seperti endometrosis, tiub fallopian tersumbat dan pembentukkan cyst.

Untuk pengetahuan anda, rawatan ini akan dilakukan jika berlaku ketumbuhan tidak normal dalam rahim, waktu ovulasi tidak tetap serta tiub fallopian tersumbat bagi kalangan para wanita.

Imej via [hijabnheels]
Imej via [hijabnheels]

3. Suntikan Hormon

Suntikan hormon merupakan rawatan kesuburan bukan sahaja untuk wanita, malahan rawatan ini juga boleh dilakukan kepada golongan lelaki dalam meningkatkan jumlah sperma mereka.

Suntikan Human Chorionic Gonadotropin (HCG)

Suntikan rawatan ini secara utamanya dapat membantu pembentukan telur yang sihat di dalam rahim wanita serta membantu pembebasan telur semasa peringkat ovulasi. Ia dikenali dengan nama suntikan dos Human Chorionic Gonadotropin (HCG). Jika ubat clomiphine tidak memberikan kesan terhadap tubuh, rawatan ini merupakan kaedah alternatif dan kebarangkalian untuk mengandung sebanyak 15% dalam satu kitaran ovari.

Rawatan ini memberikan kesan sampingan minimum pada badan iaitu badan menjadi merah pada tempat yang menerima suntikan serta mengalami pembengkakan pada bahagian dada. Sesetengah wanita yang mengamalkan kaedah ini juga mengalami masalah pada kitaran pertama penggunaan rawatan ini yang dikenali sebagai ‘ovarian hyperstimulation sydrome’ (OHSS).

Kesan Suntikan Human Chorionic Gonadotropin (HCG)

Pesakit harus mendapatkan nasihat doktor dengan segera jika simptom semakin serius seperti muntah, cirit birit dan sakit perut. Kaedah ini tidak mendatangkan risiko kanser ovari kepada pengguna dan anda yang mahu menerima rawatan ini tidak perlu risau dan dijamin selamat.

Menariknya, melalui kaedah ini juga, anda berkemungkinan mendapat bayi kembar. Biasanya pengguna rawatan ini akan mendapat kembar dua atau tiga jika bernasib baik. Wah, mesti seronok kan dapat bayi kembar!

4. Teknik In-Vitro (IVF)

Rawatan kesuburan juga boleh dilakukan dengan teknik pensenyawaan in-vitro (IVF) yang mensenyawakan sampel sperma dan telur di dalam makmal dengan peralatan canggih. Embrio yang terhasil kemudian akan dipindahkan ke dalam rahim wanita.

Doktor akan mencadangkan rawatan ini sekiranya suami mempunyai masalah kekurangan sperma atau sperma yang tidak subur ataupun isteri mempunyai masalah pada tiub fallopian atau kitaran ovulasi yang tidak stabil. Selalu rawatan kesuburan ini dilakukan oleh mereka yang sudah berkahwin 3 tahun tetapi masih tidak mempunyai anak.

Dalam rawatan ini, si suami perlu menyediakan sampel sperma dan si isteri akan diminta oleh doktor supaya mengambil ubat kesuburan untuk mendapatkan beberapa telur. Kemudian telur dan sperma tersebut akan digabungkan dan disimpan didalam makmal untuk pemerhatian. Jika proses ‘insemination’ tersebut berjaya, gabungan tersebut akan bertukar menjadi embrio dan akan dipindahkan di dalam rahim isteri.

Imej via [fsivf]
Imej via [fsivf]

5. Kaedah Rawatan IUI

Rawatan kesuburan melalui kaedah rawatan Intra Uterine Insemination (IUI) merupakan rawatan yang akan dilakukan sekiranya si isteri mempunyai ketidaksuburan yang tidak dapat dijelaskan dan ovulasi yang normal.

Rawatan ini dilakukan dengan memindahkan sperma lelaki yang bergerak pantas terus ke dalam rahim wanita sewaktu ovulasi hampir berlaku dengan menggunakan satu tiub halus. Prosedur ini juga dilakukan sekiranya lelaki mempunyai masalah mati pucuk atau sperma yang tidak terlalu bermasalah.

Kaedah ini dikatakan amat berkesan bagi pasangan muda. Kaedahnya dimana sperma lelaki yang sihat akan dipilih dan dipindahkan ke dalam rahim wanita melalui tiub kecil pada hari prosedur. Beberapa hari sebelum prosedur, doktor akan memberi ubat kesuburan kepada si isteri. Ianya mudah sahaja, anda juga boleh mencuba!

6. Rawatan Secara Penjagaan Pemakanan

Rawatan kesuburan juga boleh diikhtiarkan dengan pengambilan suppliment bervitamin serta makan makanan yang seimbang. Selain itu, pastikan anda mengawal berat badan supaya menjadi ideal dan tidak obesiti agar tidak mengganggu pengeluaran telur para isteri.

Gaya hidup sihat juga dapat membantu anda untuk meningkatkan kesuburan dan melindungi kesihatan. Amalkan pemakanan yang sihat dan selalu bersukan adalah langkah utama dalam membaiki kesuburan sistem peranakan anda.

Imej via [infojokes]
Imej via [infojokes]

Kesimpulannya, anda perlu menjalani ujian diagnosis dengan terperinci dan meminta saranan daripada doktor tentang prosedur yang manakah terbaik untuk anda dan pasangan. Biasanya proses tersebut perlu dilakukan beberapa kali sebelum berjaya hamil.

Bagi anda yang sedang menjalankan salah satu rawatan kesuburan di atas, jangan cepat berputus asa jika proses menunjukkan negatif. Cuba lagi, Insyaallah pasti berhasil dengan izin Allah S.W.T. Jom baca juga Sebab dan faktor keguguran, Khasiat jambu batu untuk ibu hamil, Buah yang baik untuk ibu hamil dan Cara senaman wanita hamil.

Rujukan:

  1. pusrawi
  2. klfertility
  3. Jujulittlespace

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.