Pernah tak timbul rasa jemu pada pasangan dalam rumahtangga? Jangan tipu, tentu ada kan? Menerusi media sosial juga seringkali juga muncul status tentang perasaan isteri di mana mereka rasa jemu dan terkilan. Ada juga katanya yang suami sendiri jemu hingga cari wanita lain. Alangkah sedihnya bila baca tentang akan kisah seperti ini.
Sebenarnya rasa jemu setelah lama berkahwin ini memang sering terjadi dan tolong jangan diikutkan sangat rasa yang tidak baik ini. Bila di dalam hati ada timbil rasa jemu pada pasangan, takut nanti rasa jemu ini petanda awal untuk rumahtangga menjadi retak. Maka jangan pandang remeh dan kena selalu bertindak untuk betulkan keadaan.
Untuk atasi atau elak rasa jemu dalam rumahtangga, boleh lakukan beberapa keadah mengikut tips yang akan dikongsikan di bawah ini.
Tukar gaya penampilan merupakan tips terbaik untuk elakkan rasa jemu pada pasangan. Penampilan diri yang semakin berubah mengikut faktor usia jangan dijadikan alasan untuk nampak selekeh. Kemaskan diri dan sesekali tukar penampilan untuk tonjolkan diri anda masih hensem atau cantik bagai dulu di mata suami atau isteri.
Rasa jemu atau bosan ini ada kena mengena dengan hati. Untuk elakkan rasa jemu ini juga, anda boleh pandang pasangan dengan penuh rasa cinta. Biar suami atau isteri anda itu tahu yang perasaan anda padanya masih tetap hangat bagai dulu. Bila mereka faham barulah boleh hilang rasa jemu tu dalam rumah tangga.
Seorang lelaki jika dia ada rasa sayang dengan mudah dia dapat tunjukkan rasa sayang tu. Cuma sedihnya si suami ni masa bercinta saja nampak romantik penuh puitis tapi bila dah kahwin skill beri ayat pickup line tu macam dah kurang power.
Jangan begitu wahai para suami. Sesekali asah skill ungkapkan kata-kata indah itu pada isteri. Dengan ucapan ayat sebegini isteri pasti akan rasa bahagia akan dapat tambahkan rasa cintanya pada anda. Cuma jangan buat selalu takut nanti difikir anda sedang buang tebiat untuk cuba pasang satu lagi.
Sering terjadi dalam hubungan rumah tangga, rasa cinta dan sayang makin menipis setelah ada anak. Ini mungkin disebabkan faktor masa dan kepenatan. Untuk elakkan pasangan dari merasa jemu, jangan jadikan anak sebagai alasan hubungan menjadi dingin.
Selalulah luangkan masa duduk berduaan dalam suasana romantik ketika di dalam bilik tidur. Jadikan waktu siang untuk mencari nafkah dan menjaga anak-anak, seterusnya jadikan pula waktu malam untuk anda dan pasangan duduk berduaan dengan penuh rasa cinta yang hangat.
Mencumbu dan merayu ini juga tersenarai sebagai salah satu tips untuk elak rasa jemu pada pasangan dalam sebuah rumah tangga. Tapi jangan pula di cumbu dan di rayu depan orang, kan dapat malu besar yang tak sudah. Cumbu dan rayulah isteri anda di kala sedang berduaan. Biarlah kehangatan rumah tangga anda hanya kalian berdua saja yang tahu.
Tak dinafikan, seorang isteri memang boleh berasa jemu akibat rutin harian yang berterusa. Lagi-lagi untuk surirumah yang tidak bergaul mana dengan jiran tetangga. Hari-hari terperuk saja di rumah dan hanya keluar untuk hantar dan ambil anak sekolah serta beli kelengkapan dapur.
Di sini suami bolehlah mainkan peranan dengan luangkan masa untuk keluar riadah bersama. Tak perlu hari-hari, keluar seminggu sekali di hujung minggu juga tak apa. Masa inilah isteri akan dapat peluang untuk berhias sedikit untuk keluar dari rumah bagi hilangkan rasa jemunya yang asyik di rumah sepanjang masa.
Bergurau itu adalah suatu perasaan yang sangat menghiburkan. Berguraulah sesama pasangan sebagai menghibur hati. Dalam rumahtangga hiburan dan seloka jenaka sebegini boleh menjadi pencetus suasana yang baik. Sekaligus dapat hilangkan bosan dan tekanan akibat kerja dan sebagainya.
Dalam rumah tangga, kaum isteri agak susah untuk berasa jemu pada suami. Tapi suami jangan pula abaikan terus perasaan isteri yang redha apa saja itu. Suami tetap kena tunjuk rasa sayang dan buatlah kejutan untuk hangatkan suasana.
Pada hari lahir, pada hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya berilah sedikit hadiah sebagai tanda ingatan. Tak perlu beli barangan mahal pun tak apa, sekuntum bunga ros merah sudah dapat membuat isteri tersenyum sepanjang hari dengan penuh rasa bahagia.
Masalah yang hadir dalam hidup memang tak boleh dielakkan. Itu semua adalah ujian yang perlu ditempuhi. Dalam rumah tangga setiap suami dan isteri tidak boleh pendam rasa.
Jika timbul rasa tidak puashati berterus-terang dan berbincanglah. Dengan cara ini masalah yang datang boleh di atasi bersama dan elakkan dari merahsiakan sesuatu bagi mengelakkan salah faham.
“Sayang…..”
” Ya abang….”
“Sayang cinta abang tak?”
“Cinta……”
Alangkah indahnya jika rumahtangga tetap terus begini dengan panggilan manja masing-masing. Dengan panggilan yang disukai begini walaupun pendek tapi dapat membuatkan suasana terus terjaga bagi mengelakkan rasa jemu pada pasangan masing-masing. InshaAllah.
Sebagai suami isteri, masing-masing kena usaha untuk selalu panaskan rumahtangga supaya tak jemu dan happy sokmo sepanjang masa. Barulah boleh hidup bersama hingga ke akhir hayat. Aamiin.