Saya berkongsi dengan adik-adik tingkatan 5 di SMA MAIWP.

Rahsia magik untuk berjaya. Perkongsian dari kisah benar.

Kenapa dikatakan magik?

Sebab adik-adik ni bakal menghadapi SPM. Dalam waktu yang sudah tidak berapa lama, saya faham setiap dari mereka mengharapkan keajaiban berlaku. Kalau selama ini Add Math, Fizik dan Kimia terasa susah dan asyik dapat C, tiba-tiba masa SPM dapat A.

Bukankah itu magik?

Saya tidak menjanjikan keputusan 11A+ yang mereka idamkan. Tapi saya percaya satu perkara:

Tuhan yang kepadaNya mereka memohon adalah Tuhan yang sama yang berikan saya A1 dalam semua subjek SPM.

Padahal sebelumnya saya selalu dapat C dalam subjek Bahasa Inggeris. Dalam ujian, nak dapat A dalam Fizik umpama menunggu itik mengeluarkan telur emas. Malah, dalam 400 lebih pelajar batch saya waktu itu, saya tak pernah pun tergolong dalam top 20. Impossible tiba-tiba nak jadi among the best student dalam SPM.

Tapi Tuhan yang amat baik, menukar apa yang ‘impossible’ jadi ‘possible’.

Satu yang amat saya percaya, Dia juga pasti amat baik kepada hamba-hambaNya yang lain. Asal saja kita tahu apakah rahsianya dan melakukannya.

Sebab itu kepada adik-adik yang saya temui semalam, saya kongsikan 2 perkara:

#1 Rahsia Magik Dalam Berusaha

Apakah rahsianya yang menyebabkan seseorang pelajar boleh berusaha dengan gigih tanpa mengenal putus asa. Yang kalau dia rasa nak malas, selang 1 minit dia tak jadi nak malas.

Kalaupun add math terasa susah, dia takkan jemu buat latihan. Sanggup tebalkan muka bertanya cikgu setiap hari walau dah tahu nanti kena marah sebab asyik tanya banyak kali tapi asyik salah jawab.

rahsia berjayaImej:heartbreakhypnotist.com


Apa rahsianya?

Saya mengambil masa hampir sejam hanya untuk bertanya kepada mereka:

“Deep inside your heart, do you know WHY you need to be successful?”

Saya harus puji adik-adik SMA MAIWP ni kerana tidak kekok untuk berkongsi jawapan mereka. Yang dari situlah, saya tahu sebenarnya mereka tidak ada lagi jawapan itu. Saya tahu, tugas saya ialah membantu mereka mencari jawapannya:

Apakah misi hidup mereka.

Sebab, hanya apabila seorang pelajar tahu apakah misi yang mesti mereka capai dan misi ini cukup kuat dan cukup mempengaruhi emosi mereka, barulah mereka mampu untuk beri 100% dalam berusaha. Walau Fizik susah dan asyik dapat C, mereka akan cari jalan juga supaya yang C bertukar jadi A. Tanpa mengenal putus asa.

Itulah the power of ‘misi hidup’.

#2 Rahsia Magik Dalam Bertawakal

Yup, bertawakal atas usaha kita yang 100% itu adalah sangat penting. Sebab, at the end of the day, Tuhan juga yang akan beri kejayaan yang kita inginkan.

Tapi bertawakal bukan sekadar berdoa setiap kali selesai solat, setiap kali menunaikan solat hajat. Ia tidak cukup dengan itu.

Sebab, kalau kita boleh beri 100% dalam berusaha..belajar siang malam..kita sepatutnya juga beri 100% untuk ‘please’ Allah. Untuk tunjukkan kepada Allah, ‘O Allah I really need Your help.

berdoamittaamicha.wordpress.com

Tunjukkan dengan cara kita melakukan apa yang Allah suka. Tapi, satu syarat penting saya tekankan kepada adik-adik itu: mesti yakin pada Allah.

Yakinlah yang Dia boleh tukar apa yang impossible jadi possible.

.
Sebenarnya saya hanya bercakap berdasarkan apa yang saya lalui. Sepanjang bergelar pelajar..dari sekolah rendah sampailah buat Ph.D, inilah dua perkara ‘rahsia magik’ yang Tuhan ajarkan kepada saya.

Sebab itu, bila sekolah panggil untuk beri ceramah motivasi, dua perkara ini juga yang saya akan kongsikan kepada adik-adik yang lain. Kerana mereka juga memerlukan rahsia magik ini.

Dan ia sebenarnya berguna dalam setiap yang kita lalui dalam kehidupan: untuk berjaya dalam kerjaya, untuk bahagia dalam rumahtangga, untuk hidup dengan penuh makna.

Dua perkara ini:

#1 Jika kita tahu apa yang ingin kita capai
#2 Dan jika kita bijak menjemput pertolongan Tuhan.

Wallahua’lam

Penulis: Dr Siti Ujila

Merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal danPembinaan, UPM. Minat berkongsi cerita-cerita motivasi dan memberi inspirasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.