Zaman sekarang tidak sama seperti dulu-dulu. Teknologi yang semakin berkembang pesat menjadikan kita juga perlu mengembangkan lagi ilmu kita. Menimba ilmu itu adalah satu ibadah yang diwajibkan untuk muslim. Begitu juga kepada bukan muslim. Kita hidup di negara yang berbilang kaum, maka kita memerlukan kerjasama untuk membangunkan negara.
Sama juga seperti ibu bapa yang kini semakin ramai yang berkerjaya, tidak sama seperti ibu bapa zaman dulu. Ibu bapa yang berkerjaya perlu membahagikan masa dengan kerja dan anak. Tetapi, mereka tidak mampu untuk menjaga anak sepanjang masa, sebab itu anak mereka dihantar ke pusat pengasuhan.
Mahu atau tidak mahu mereka terpaksa juga menghantar anak ke pusat pengasuhan. Ingin menjadi ibu bapa yang berjaya dan menjadi contoh kepada anak-anak bukan mudah. Ya, ramai ibu bapa di luar sana yang mahu menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak.
Bagaimana mahu menjadi seorang ibu bapa yang berjaya dalam kerjaya dan mendidik anak?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai rahsia menjadi ibu bapa yang berjaya dalam kerjaya dan mendidik anak. Info ini dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah. Beliau merupakan seorang penulis keibubapaan yang cukup dikenali dengan cara penulisannya yang santai, menyentap jiwa dan menyentuh emosi pembaca.
Tiga buku penulisan beliau yang berjudul “3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna”, “Why So Serious Parents?” dan “Parents, Welcome To My World” sering tersenarai dalam carta bestseller di kedai-kedai buku. Malah, ketiga-tiga buku ini turut dinobatkan antara Buku Paling Laris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 & 2019 yang berlansung di PWTC.
Rahsia ini diambil dari pengalaman Puan Adlil Rajiah sendiri. Mari kita lihat rahsia beliau. Berikut adalah rahsia beliau :
1) By giving as much exposure and experience as we can.
2) By giving them space to make mistakes and fail at something.
*Bukan susah mahu menjadi ibu bapa yang berjaya. Jika orang lain boleh mengapa kita tidak boleh. Berubah secara perlahan dari sekarang. Insyaallah, akan menjadi ibu bapa yang terbaik di mata anak-anak. Setiap kejayaan yang kita kecapi adalah rezeki untuk kita. Anak-anak adalah rezeki terbesar bagi ibu bapa.
Setiap anak membawa rezeki ke dalam keluarga dalam pelbagai bentuk seperti kewangan yang stabil, keluarga yang bahagia dan pelbagai lagi. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.