Bila bercerita tentang ibu mertua, tidak dinafikan ramai menantu takut kalau dapat ibu mertua yang banyak ragam. Lagi-lagi untuk menantu perempuan. Berderau darah takut kalau dapat ibu mertua yang banyak ragam ni. Tambahan pula ragam ibu mertua ni ada banyak dan atas nasib badan dapat yang bagaimana.

ragam ibu mertua
Imej via [Bidadari.my]

Antara ragam ibu mertua ini, ada ibu mertua yang suka berleter, mengawal, membebel dan sebagainya. Ada juga ibu mertua yang suka minta menantu bawanya ke sana sini, ke hulu dan ke hilir dah macam driver peribadi. Ragam ibu mertua seperti inilah yang kadangkala menjadi penyebab kepada kehancuran rumahtangga anak menantu sendiri.

Ragam Ibu Mertua Yang Mencabar Untuk Menantu Hadapi

Di sini akan dikongsikan antara berbagai ragam ibu mertua yang agak mencabar untuk para menantu. Bukan niat untuk umpat keji tetapi sekadar untuk beri peringatan supaya para menantu menjadi lebih bersedia tertutama dari segi mental. Selalunya ragam ibu mertua ini berbeza mengikut usia dan tugas menantu adalah untuk faham dan cuba berbaik-baik.

#1 – Ibu Mertua Yang Kepoh

Bila dapat ibu mertua suka membebel memang letih rasanya, semua benda dia ajar dan kawal. Hal rumah tangga termasuk wang perbelanjaan semua dia nak sibuk. Rasa macam terkongkong!

Anda patut atasi masalah ini dengan berkata ‘ya’ atau angguk je untuk mengelakkan sebarang masalah yang lebih besar. Angguk bukan bermakna anda setuju, cuma tdak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Jangan terlalu berusaha untuk mengembirakan hatinya, kerana ianya tidak akan berkesudahan dan membuat anda lebih kecewa sahaja.

#2 – Ibu Mertua Yang Suka Mengawal

Kebanyakan ibu mertua suka membebel dan mengawal. Sifatnya yang suka mengawal membuatkan anak menantu naik rimas. Dia seperti tidak boleh lepas tangan dalam urusan rumah tangga anda.

Terutama dalam masalah kewangan, walaupun ibu mertua berniat baik untuk membantu tapi lebih baik jika anda terus berdikari dengan tidak terlalu bergantung padanya.

Walapun ia boleh mengurangkan beban anda jika dia ingin membantu dalam bayaran duit muka kereta atau rumah, tapi ia mungkin akan menimbulkan masalah di kemudian hari. Mungkin juga boleh berlaku adegan ungkit-mengungkit dan sebagainya.

Begitu juga dalam urusan bab menjaga cucu. Pada permulaannya mungkin dia lakukan dengan rela hati tapi lama-lama mungkin dia akan rasa penat dan menyalahkan anda pula.

#3 – Ibu Mertua Yang Suka Sangat Minta Wang

Ini pula sikap sesetengah ibu mertua yang suka membebel sebab tak cukup duit. Bila rasa tak cukup tempat untuk selalu meminta wang adalah dari anaknya. Memang menjadi tanggungjawab anak lelaki untuk tetap menjaga ibu bapanya walau sudah berkahwin, tetapi jangan pula sampai mengabaikan nafkah yang lebih utama untuk isteri dan anak-anak.

Bila dapat ibu mertua seperti ini memang rumit sebabnya mereka tidak mahu memahami dan hanya pentingkan dirinya sahaja. Jadi anda perlu banyak bersabar, dan ingatkan suami supaya sentiasa berlaku adil terhadap anda dan ibunya. Dan anda juga perlu tabahkan hati untuk tahan telinga mendengar leterannya setiap kali.

#4 – Ibu Mertua Yang Suka Membebel

Orang tua-tua dan membebel memang tak dapat dipisahkan
Kadang-kadang hal kecik pun dia suka membebel dan tidak mengikut situasi.

Apa yang perlu anda buat adalah bertenang dan cuba untuk mengelak atau cuba tukar topik lain. Cuba beri alasan untuk keluar atau buat kerja. Kadang-kadang mereka suka membebel sebab mereka stress.

ragam ibu mertua
Image Via : Psychology Today

#5 – Ibu Mertua Yang Suka Berleter Pada Cucu

Ada pula ibu mertua yang suka membebel soal cucu-cucunya. Malah ada juga yang suka membandingkan anak anda dari segi pelajaran, rupa paras atau sebagainya dengan cucu-cucunya yang lain. Tentunya selaku seorang ibu anda akan terasa hati apabila ada orang bercakap yang tidak baik pada anak sendiri meskipun itu adalah ibu mertua anda sendiri.

Tak mengapalah, jangan cepat salah paham kerana kadang-kadang marah itu tandanya sayang. Mungkin ibu mertua anda membebel itu sebab risaukan cucu-cucunya. Mungkin juga kerana dia agak prihatin hingga nampak benda yang anda sendiri kadang-kadang tak perasan. Anda perlu pandai kawal situasi ini agar tidak terlalu emosi.

#6 – Ibu Mertua Yang Suka Buat Drama

Pekara yang perlu anda tahu ialah semakin berusia seseorang itu bermakna dia akan lebih mudah menjadi sensitif. Makin berumur seseorang ibu makin manja dan mengada-ngada. Ini adalah normal. Bagi ibu mertua yang suka buat drama menangis bagai itu semua tak lain dan tak bukan adalah untuk menarik perhatian anak dan menantunya.

Ibu mertua yang suka berdrama dan beleter panjang walau ada sedikit saja yang tak kena ini memang agak mencabar kesabaran. Namun jangan lupa kedudukannya sebagai seorang ibu.

Apa yang boleh anda buat ialah tidak terlalu melayan dramanya itu dan anggap ianya sebagai kerenah manja orang tua. Sebagai seorang menantu yang baik cuba bersabar melayan kerenah mak mertua anda itu dengan sebaik mungkin.

Tips Untuk Menantu Atasi Ragam Ibu Mertua

  • Banyakkan bersabar
  • Fahami keadaan mertua (mungkin cemburu)
  • Cuba ambil hati ibu mertua dengan membawanya jalan-jalan
  • Bawa mertua membeli-belah barangan dapur untuknya
  • Bantu ibu mertua kemas rumah selalu
  • Belikan ibu mertua hadiah sekali sekala sebagai kejutan
  • Bawa ibu sendiri dan ibu mertua melancong di hujung tahun
  • Berbincang dari hati ke hati sebagai sesama perempuan
  • Minta bantuan suami untuk rapatkan anda dan mertua
  • Minta bantuan bapa mertua untuk nasihatkan ibu mertua
image via : My Update Studio

Ragam Ibu Mertua Memang Ada Tapi Tidak Semuanya Keterlaluan, Ramai Jer Ibu Mertua Yang Sporting Habis!

Ragam ibu mentua sering kita dengar tapi jangan lupa yang ada juga menantu berperangai seperti hantu! Kadangkala ibu mertua tegur sikit saja tapi merajuknya panjang sedepa. Bukan setakat merajuk malah dihasutnya pula suami untuk bermusuh dengan si ibu mertua. Jangan! Jangan buat begitu! Suami tetap anak kepada si ibu mertua dan selaku si menantu kena tahu juga batas-batasnya.

cara pikat hati mak mertua
Imej via [Bidadari.my]

Untuk para menantu yang dapat mertua baik dan boleh berkomunikasi dengan elok, sayangilah mak mertua kalian. Berbaktilah pada dia tanpa ada perbezaan kasih antara ibu mertua dengan ibu kandung sendiri.

Sumber :

Wanista

Baitul Jannah

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.