Jom buat racun organik sendiri. Mudah dan senang sebenarnya.

Racun serangga digunakan secara meluas dalam sektor pertanian. Racun serangga disembur pada sayuran dan buah-buahan yang kita makan. Seperti yang kita sedia maklum, racun serangga yang digunakan mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan.

Tak hairan kenapa hari ini semakin ramai petani yang mempunyai kesedaran tentang bahaya racun serangga yang mempunyai bahan kimia.

Sebagai alternatif kepada racun serangga yang dijual secara komersial, anda boleh menggunakan racun serangga organik. Namun harga racun serangga organik yang dijual di Malaysia adalah agak mahal memandangkan proses pembuatan dan bahannya yang berbeza dengan racun biasa.

Jangan sedih dulu. Tahukah anda bahawa anda boleh buat sendiri racun organik. Jom kami kongsikan cara buat racun organik mudah dan selamat dengan kos yang murah. Anda wajib cuba.

racun organik
Sumber: Youtube

Racun organik dari bawang putih dan cili padi

Resepi racun organik pertama yang ingin kami kongsikan hari ini adalah resepi yang paling mudah, selamat, dan murah. Apa yang anda perlukan hanyalah bawang putih dan cili padi. Untuk menyediakan racun organik ini, apa yang perlu anda lakukan ialah seperti berikut:

Bahan A:

  1. 1 labu Bawang putih
  2. 6 biji Cili padi
  3. 500 ml atau satu botol kecil air

Bahan B:

  1. 1 sudu minyak masak
  2. 1 sudu teh sabun pencuci pinggan

Alatan yang diperlukan:

  1. Penapis
  2. Penyembur dengan kapasiti 1.5 Liter

Cara menyediakan:

  1. Kisar semua bahan A sehingga sebati dan peram selama 24 jam.
  2. Selepas 24 jam tapis bahan A dan ambil patinya. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan sebagai baja.
  3. Simpan pati didalam bekas berpenutup. Tutup dengan rapat dan simpan di dalam peti ais supaya tahan lama.

Cara menggunakan:

  1. Masuk 100 mL pati racun organik dan bahan B ke dalam penyembur.
  2. Isi air sehingga botol penyembur penuh.
  3. Goncang sehingga semua bahan sebati.
  4. Sembur bahagian bawah daun sehingga basah dengan kekerapan tiga kali sehari bagi pokok yang mempunyai masalah serangan serangga, dan sekali seminggu untuk pokok yang ingin dikawal.

Peringatan buat anda. Racun ini sedikit pedas memandangkan ia disediakan dari bawang putih dan cili, maka anda dinasihati agar berjaga-jaga agar tidak terkena pada mata atau anggota badan yang lain. Selain itu, anda dinasihati agar mula menyembur pada satu batang pokok dahulu sebagai eksperimen untuk melihat sama ada pokok menjadi layu atau tidak. Jika anda mendapati pokok menjadi layu selepas disembur racun organik ini, siram pokok sehingga semua racun hilang dan sembur semula dengan jumlah yang dikurangkan sehingga tiada lagi pokok yang layu selepas disembur.

racun organik
Sumber: Dailyrakyat

Racun organik dari daun semambu, daun limau purut dan cili padi

Ini adalah resepi kedua racun organik buatan sendiri yang boleh juga anda cuba. Bahan-bahan yang digunakan juga adalah sangat murah dan mudah untuk diperolehi. Apa yang paling penting racun organik ini adalah selamat kerana tidak menggunakan sebarang bahan kimia merbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan. Untuk menyediakannya:

Bahan-Bahan:

1. 30 gram daun semambu atau juga dikenali sebagai daun neem

2. 20 gram daun limau purut

3. 20 gram cili padi

4. 50 ml sabun cuci pinggan

5. 1 liter air

Cara-Cara:

1. Kisar semua bahan diatas hingga hancur dan sebati. Masukkan dalam bekas perpenutup dan tutup rapat sehingga kedap udara.

2. Peram bahan kisaran tadi selama 1 minggu. Letakkan ditempat teduh. Pastikan bahan peraman tidak terkena cahaya matahari. Seeloknya bungkus dengan kain bagi memastikan bahan perapam benar-benar terlindung daripada cahaya matahari.

3. Selepas satu minggu tapis dan masukkan dalam bekas yang tidak telus cahaya. Tujuan dimasukkan ke dalam bekas tidak telus cahaya adalah bagi memastikan ia tidak terkena cahaya matahari dan tahan lebih lama.

4. Baja organik ini boleh disimpan selama 3-6 bulan. Ia tidak akan cepat rosak sekiranya disimpan dengan cara yang betul iaitu tidak terdedah kepada cahaya matahari.

Cara menggunakan:

1. Ambil racun organik yang disediakan dan masukkan ke dalam alat penyembur. Kadar pencairan untuk racun organuk ini ialah 1 ml larutan pati:1 liter air.

2. Masukkan cuka kayu ke dalam bekas penyembur yang berisi racun organik tadi. Kadar pencairan ialah 3 ml cuka kayu: 1 liter air.

3. Goncang sehingga semuanya sebati dan biarkan selama 3 minit.

4. Sembur bahagian bawah daun muda dan pucuk hingga basah lencun. Waktu terbaik untuk melakukan semburan adalah pada awal pagi.

5. Gunakan racun ini sekali seminggu. Insya Allah tiada lagi serangga akan menganggu tanaman anda.

Racun organik dari tembakau, halia tua dan minyak tanah

Resepi racu organik yang seterusnya adalah sangat berkesan untuk mengatasi masalah serangan kulat, hama, semut dan koya. Jika tumbuhan anda menghadapi serangan daripada salah satu serangga perosak tersebut, ini adalah resepi racun serangga organik yang paling tepat untuk anda. Untuk menyediakan racun organik ini, apa yang anda perlu lakukan adalah:

Bahan-Bahan:

1. 30 gram tembakau

2. 20 gram halia tua

3. 20 ml minyak tanah

4. 10 ml sabun pencuci pingan

5. 1 liter air

Cara-caranya:

1.Kisar semya bahan sehingga sebati.

2. Peram selama 1minggu ditempat teduh.

3. Tapis dan masukkan dalam bekas tidak telus cahaya.

4. Boleh disimpan selama 3 – 6 bulan.

Cara menggunakan:

1. Ambil larutan racun organik dan masukkak ke dalam alat penyembur dengan kadar pencairan 1 ml larutan pati: 1 liter air.

2. Masukkan cuka kayu ke dalam bekas penyembur tadi dengan kadar pencairan 3 ml cuka kayu: 1 liter air.

3. Goncang hingga sebati dan biarkan 3 minit.

4. Sembur bawah daun muda dan pucuk hingga basah pada awal pagi sebanyak seminggu sekali.

Itulah dia perkongsian kami tentang cara buat racun organik mudah dan selamat dengan kos murah yang boleh anda cuba. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami pada hari ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang tips membersihkan diri jika terkena racun serangga.

Rujukan

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.