Sahabat adalah seseorang yang sentiasa ada bersama kita semasa kita susah dan senang. Mereka tiada hubungan darah dengan kita tetapi setiakawan dan tanggungjawab mereka kepada kita wujud. Sahabat tidak semestinya mempunyai minat dan perangai yang sama seperti kita. Namun mereka boleh melengkapi diri kita yang serba kekurangan semasa diperlukan.
Tetapi bukan mudah untuk kita mencari sahabat yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita dan ingin membantu kita semasa kita susah. Jika ada, mungkin tidak banyak hanya dalam kelompok yang kecil sahaja. Tujuan utama kita ada sahabat adalah untuk membantu kita dan menasihati kita jika kita melakukan perkara yang salah. Selain ibu bapa, sahabat juga boleh menunjukkan contoh yang bagus kepada kita.
Terdapat 7 quotes yang membantu kita untuk mencari sahabat yang bijak dan baik. Apakah quotes itu?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 quotes yang melambangkan kita dikelilingi sahabat yang bijak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.
1. ‘Great mind discuss ideas, average mind discuss events, small mind discuss people’
2. ‘Always go for discussions because discussions are always better than arguments because an argument is to find out who is right, and a discussion is to find out what is right’
3. ‘Sometimes your circle decrease in size, but increase in value’
4. ‘You are the average of the 5 people you spend time with’
5. ‘If you surround yourself with clowns, don’t be surprised if your life becomes a circus’
6. ‘Don’t expect to see positive changes in your life if you surround yourself with negative people’
7. ‘Surround yourself with The Dreamers, The Believers and The Thinkers, but most of all surround yourself with those who see greatness within you, even when you don’t see it yourself’
*Dikurniakan sahabat yang bijak dan hebat adalah salah satu nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Bukan semua orang dapat sahabat yang baik dan boleh menegur perbuatan kita yang tidak elok secara depan-depan tanpa orang lihat. Betapa untungnya kita mendapat sahabat yang baik. Jika anda memiliki sahabat yang baik dan bijak, jagalah hubungan dengan mereka. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.