Mandul adalah satu situasi di mana sukar untuk hamil walau ikatan perkahwinan sudah setahun dan ke atas. Kesukaran untuk hamil selalunya sering dikaitkan dengan masalah dalaman wanita namun ada juga kes yang berpunca dari lelaki.
Di Malaysia ini sendiri, ada banyak kes sukar mengandung yang turut dikenali dengan nama mandul ini. Apa yang lebih menyedihkan mandul juga sering menjadi punca penceraian akibat masuk campur keluarga dan sebagainya.
Punca kenapa seseorang wanita itu mandul selalunya susah untuk diketahui. Tetapi menurut pembacaan, punca kesukaran mendapatkan anak bagi seorang wanita yang sudah berkahwin besar kemungkinan terdiri dari pelbagai faktor. Antara faktor-faktor yang disebutkan itu adalah :
Umur atau usia bagi seorang wanita adalah faktor paling penting yang mempengaruhi kesuburannya. Wanita dilahirkan dengan bilangan telur yang tetap, justeru itu semakin meningkat usia penghasilan telur semakin berkurangan.Kesuburan seorang wanita akan mula menurun pada awal usia 30-an dan pada usia 35 ia akan menurun sebanyak kira-kira 40%. Dan menjelang umur 40 tahun kesuburan wanita semakin menurun.
Malangnya, terdapat kekurangan pengiktirafan berkenaan dengan usia menganggu bagi seseorang itu sukar mendapatkan anak. Hal ini disebabkan oleh, kebanyakan selebriti yang mempunyai bayi dalam usia 40-an dan mereka selamat melahirkan bayi walaupun umur semakin meningkat. Justeru itu, bagi pendapat umum usia bukanlah kayu ukur bagi seseorang itu hendak mendapatkan zuriat.
PCOS adalah ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan kitaran haid terganggu. Ini adalah penyebab ketidaksuburan yang paling biasa disebabkan oleh anovulasi (tiada ovulasi atau telur dikeluarkan).
Nama keadaan itu berasal dari kehadiran cyst kecil di luar ovari. Walaupun ramai wanita mempunyai ovari polikistik, tidak semua wanita mempunyai sindrom ovarium polikistik. Wanita dengan PCOS mempunyai simptom tambahan termasuk tempoh haid yang tidak teratur, berat badan yang berlebihan atau obesiti (terutamanya di kawasan perut), jerawat, rambut yang berlebihan di wajah dan badan. Dianggarkan 30% wanita subur boleh mengalami PCOS.
Endometriosis merupakan salah satu daripada penyakit sakit puan yang biasa dialami oleh golongan wanita. Hampir satu daripada tujuh wanita pada peringkat umur di antara 30 sehingga 45 tahun menghidapi endometriosis.
Endometriosis tidak bersifat kanser dalam tubuh wanita, endometriosis adalah keadaan di mana tisu yang merangkumi rahim (tisu endometrium) tumbuh di bahagian lain badan, biasanya di pinggul. Tisu endometrial yang tumpul ini berdarah dengan cara yang sama seperti lapisan rahim, tisu yang terperangkap menyebabkan kerengsaan dan keradangan.
Antara simptom endometriosis yang paling biasa terjadi pada wanita adalah :
Endometriosis boleh menjejaskan kesuburan dengan merosakkan ovari supaya ovulasi tidak dapat berlaku. Begitu juga, kerosakan atau penyumbatan ke dalam tiub fallopian boleh menghalang perjalanan telur ke rahim. Pada masa yang sama, endometriosis juga boleh memberi kesan pada lapisan rahim yang mempengaruhi implantasi telur yang disenyawakan.
Berat wanita adalah pertimbangan penting dalam kesuburan.
i – Wanita yang kurang berat badan atau mempunyai peratusan lemak badan yang rendah (kebiasaanya pemain sukan) boleh mengalami kitaran haid yang tidak teratur (Amenorea) dan masalah dengan ovulasi.
ii – Berlebihan berat badan atau obesiti boleh mengganggu haid normal dan ovulasi. Wanita yang berlebihan berat badan dan gemuk mempunyai risiko keguguran dan komplikasi kehamilan yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, kadar kejayaan yang lebih rendah dengan rawatan kemandulan seperti IVF.
iii – Wanita yang sukar untuk menurunkan berat badan harus dinilai untuk melihat apakah mereka mempunyai PCOS atau tidak kerana ini adalah gejala yang biasa masalah PCOS.
iv – Wanita sering kali boleh meningkatkan peluang kehamilan mereka dengan perubahan yang agak kecil terhadap berat badan. Sebagai contoh, pada wanita yang berlebihan berat badan atau obes, penurunan berat badan sebanyak 5% sudah mencukupi untuk memulihkan kitaran haid dan ovulasi yang tetap.
Simptom utama sudah tentunya masih juga tidak hamil-hamil walau usia perkahwinan sudah mengjangkau setahun dan ke atas. Kitaran haid pula seringkali tidak menentu dan tidak normal seperti wanita biasa yang boleh hamil. Selalunya kitaran haid yang bermasalah terjadi terlalu lama (yakni sekitar 35 hari dan ke atas) .
Terdapat juga beberapa simptom lain seperti :
1. Pengambilan ubat-ubat yang sesuai mengikut pengsyoran doktor yang pakar
2. Melakukan pembedahan laparoscopic atau pembedahan tiub
3. Menerima rawatan bantuan pensyenyawaan namun ianya memakan belanja yang agak besar
Walau apa jua situasinya, tiap pasangan suami isteri yang masih menantikan kehadiran cahayamata hendaklah banyak bersabar. Jangan saling menuding jari sebaliknya saling berusaha untuk perbaiki tahap kesihatan diri masing-masing. Jangan juga biarkan apa jua masalah menjadi penyebab pergaduhan hingga ikatan rumahtangga retak.
Cara terbaik adalah saling berdoa dan mendekatkan diri pada Allah SWT. Semoga impian yang di bina akan benar-benar menjadi realiti. Baca juga petua cepat hamil selepas gugur dan dan kesan peluk anak tiap hari.