Punca vagina kering sering kali menghantui setiap wanita di luar sana. Hal ini jelas kerana masalah itu akan memberi impak dan kesan kepada kehidupan mereka lebih-lebih lagi ketika sudah berkahwin.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan punca vagina kering dan cara untuk mengatasi masalah tersebut.

Apa itu vagina kering?

Vagina kering adalah keadaan di mana faraj kekurangan cairan yang melembapkan permukaan organ intim wanita dan menjadi pelincir semula jadi ketika berhubungan intim atau seks.

Lazimnya dalam vagina, ada beberapa kelenjar yang berfungsi untuk menghasilkan pelincir alami untuk membuatkan vagina sentiasa lembap dan bersih.

Selain itu, hormon estrogen pula berperanan dalam menjaga vagina agar tetap elastik dan lembut.

Sungguhpun masalah ini umum banyak terjadi kepada wanita di luar sana, namun jika tidak ditangani dengan segera keadaan tersebut boleh menjadi penyebab rasa pedih dan tidak selesa ketika berhubungan seksual.

Punca vagina kering

Terdapat beberapa punca vagina kering yang perlu anda tahu. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Memasuki fasa menopus

Punca vagina kering yang ketara berlaku adalah ketika sedang memasuki fasa menopus (pra-menopus) atau yang sudah mengalami menopus.

Ketika fasa ini, anda akan mengalami penurunan tahap estrogen yang ketara sehingga menyebabkan dinding faraj semakin menipis dan kering.

2. Baru melahirkan anak dan sedang menyusukan

Punca vagina kering juga dipacu dari melahirkan anak dan menyusukan. Secara semula jadi selepas melahirkan anak dan menyusui, kadar estrogen dalam tubuh akan menurun.

Namun ia akan kembali normal dan meningkat selesai menyusui dan fasa menstruasi kembali datang.

3. Gangguan mood

Tekanan dan kebimbangan boleh memberi kesan kepada kesihatan mental serta mood seseorang.

Jika perkara ini terjadi, ia bukan sahaja memberi kesan kepada masalah kekeringan faraj tetapi juga membuatkan pasangan kurang minat untuk melakukan hubungan intim.

4. Gangguan autoimun

Gangguan autoimun boleh terjadi kerana masalah kesihatan lain seperti Sjogren’s syndrome.

Gangguan autoimun ini lazimnya akan menyerang sel-sel tubuh yang menghasilkan kelembapan, termasuk vagina.

5. Kesan sampingan dari ubat-ubatan

Ubat yang sering dikaitkan dengan punca vagina kering adalah yang mengandungi antihistamin seperti ubat alergik dan selsema.

Ia memberi kesan sampingan dengan penurunan pengeluaran lendir dari vagina sebagai pelincir.

6. Kurang ghairah seks

Walaupun pasangan sudah melakukan “foreplay”, vagina tetap sahaja kering dan kurang ghairah semasa seks.

7. Masalah iritasi

Punca vagina kering yang berikutnya adalah masalah iritasi. Sesetengah wanita yang elergik kepada bahan kimia seperti sabun, produk kebersihan, pewarna dan minyak wangi boleh memberi kesan kepada organ intim.

8. Merokok

Punca vagina kering juga boleh berlaku kerana kebiasaan wanita yang gemar merokok. Rokok sangat berbahaya kepada sistem reproduktif wanita.

Ia bukan sahaja boleh menjejaskan kesuburan, bahkan menyebabkan kemandulan dan menganggu penghasilan hormon.

Kesan vagina kering

punca vagina kering
  • Berasa sakit atau gatal di dalam atau sekitar faraj
  • Tidak selesa semasa berhubungan seks
  • Kerap kencing daripada biasa
  • Mendapat jangkitan saluran kencing (UTI)
  • Kurang ghairah untuk melakukan hubungan seks

Cara untuk merawat bagi kaedah perubatan

Antara cara perubatan untuk memulihkan masalah vagina kering adalah seperti berikut:

1. Menggunakan ubat-ubatan

  • Krim faraj dimasukkan beberapa kali dalam seminggu ke dalam faraj.
  • Cincin faraj diletakkan dalam faraj pesakit. Ia melepaskan dos estrogen yang rendah selama 90 hari.
  • Tablet faraj diletakkan di dalam faraj menggunakan aplikator.

2. Pelembap dan pelincir

Pelembap faraj boleh melindungi tisu faraj walaupun anda tidak melakukan hubungan seks.

Manakala pelincir faraj pula membantu mengatasi masalah kekeringan dan kesihatan semasa hubungan seks.

Anda boleh membeli pelbagai jenis pelicir berasaskan air atau silikon. Namun produk berasaskan minyak kelapa dan jeli petroleum sungguhpun ia berfungsi, ia boleh merosakkan kondom.

Cara untuk merawat bagi kaedah semula jadi

punca vagina kering

Antara cara semula jadi untuk memulihkan masalah vagina kering adalah seperti berikut:

1. Lakukan hubungan seks dengan kerap

Kerap melakukan hubungan seks berupaya untuk mengatasi masalah vagina kering. Ini terbukti kerana ia membuatkan aliran darah ke tisu faraj meningkat semasa ransangan dan membuatkan pengeluaran lembapan semakin banyak.

2. Elak dari menggunakan produk pembersih faraj

Ramai wanita gemar menggunakan produk pembersih faraj sama ada yang berbentuk cecair, sabun, serbuk dan bermacam-macam lagi.

Tujuannya hanya satu untuk memastikan organ intim bersih dan segar. Namun mereka tidak menyedari, tindakan tersebut boleh membahayakan diri mereka.

Hal ini kerana, tahap pH kulit adalah 5.5 sedangkan pH pencuci faraj pula adalah antara 3.8 dan 4.5, justeru ia boleh mengubah pH faraj itu sendiri.

Secara semula jadi, alat sulit mampu membersihkan dirinya sendiri. Jadi anda tidak perlu mengunakan sebarang sabun pembersih untuk mencuci sehingga bersih.

3. Makan supplemen fitoestrogen

Supplemen fitoestrogen adalah sebatian yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan memberi kesan sama dengan estrogen yang dihasilkan oleh tubuh badan.

Pastikan produk supplemen tersebut mendapat persijilan yang sah dari Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

4. Amalkan gaya hidup sihat

Dalam isu kesihatan, faktor gaya hidup sihat tidak boleh lari sebagai salah satu cara semula jadi dan paling mudah untuk diikuti semua orang.

Pengamalan gaya hidup sihat akan mempengaruhi kehidupan setiap orang tidak kira lelaki atau perempuan dan setiap peringkat umur.

Bermula dari pemakanan, tidur, aktiviti harian, bersenam, dan menghindari perkara-perkara yang bahaya kepada kesihatan fizikal dan mental semuanya akan memainkan peranan yang penting kepada manusia.

Bila perlu jumpa doktor?

Anda perlu berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami masalah seperti:

  • Kekeringan faraj selama beberapa minggu walaupun sudah melakukan pelbagai cara untuk merawatnya sendiri.
  • Kekeringan faraj menjejaskan kehidupan seharian.
  • Mempunyai keputihan yang luar biasa atau pendarahan dari faraj.
  • Mengalami pendarahan selepas berhubungan seks atau di antara waktu haid.

Selain dari mengatasi masalah punca vagina kering ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kesihatan wanita seperti:

Sumber:

  1. Experiencing Vaginal Dryness? Here’s What You Need to Know. The American College of Obstetricians and Gynecologists
  2. Things That Can Cause Vaginal Dryness. Everyday Health

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.