8 Punca Ulser Mulut Yang Mungkin Anda Tidak Tahu (Penting!) - Dr Ezairy
Pedihnyalah apabila ulser tiba-tiba muncul di dalam mulut. Tiada angin, tiada ribut! Memang tidak selesa bukan? Bukan itu sahaja, bikin hilang selera…

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.
Pedihnyalah apabila ulser tiba-tiba muncul di dalam mulut. Tiada angin, tiada ribut! Memang tidak selesa bukan? Bukan itu sahaja, bikin hilang selera dibuatnya.
Hendak mengunyah pun susah, apatah lagi diajak bersembang, kurang fokus jadinya. Ini baru satu biji, bayangkan kalau lebih, sangat tidak keruan dibuatnya.
Bagaimana pula jika terlampau kerap? Menurut Dr Ezairy M.Sallih, seorang pakar telinga, hidung dan tekak, punca mengapa ulser kerap muncul amat sukar untuk ditentukan.
Nota kesihatan: Artikel ini untuk maklumat umum dan pendidikan sahaja, bukan nasihat perubatan. Jika anda mengalami gejala yang berterusan atau membimbangkan, sila berjumpa doktor atau ke klinik kesihatan berdekatan.
Apakah Punca Kepada Ulser Mulut?
Dalam banyak situasi dan keadaan, amat sukar untuk mencari punca ia berlaku. Saya beri beberapa kemungkinan yang menjadi punca :
1. Stress
2. Jangkitan virus
3. Perubahan hormon dalam tubuh
4. Faktor genetik dan keluarga
5. Penjagaan dalam mulut yang kurang baik ‘poor oral hygiene’
6. Luka akibat trauma daripada proses mengunyah atau ketika memberus gigi
7. Kekurangan vitamin seperti vitamin B, C dan E.
8. Sesetengah jenis ubat
Bagaimana Jika Ulser Tidak Sembuh?
Walaubagaimanapun, jika ulser ini tidak sembuh melebihi tiga minggu, dapatkan pemeriksaan doktor. Ada beberapa kemungkinan lain boleh menyebabkan ia berlaku seperti masalah autoimmune, syphilis, HIV, kanser dan lain-lain yang tidak mahu kita dengar.
*Jika anda kurang tahu sebelum ini, sekarangnya anda lebih tahu mengenai ulser. Jadi, jangan lupa share ya!
Gejala Ulser Mulut Yang Biasa
Ulser mulut biasanya kelihatan sebagai tompokan bulat atau bujur berwarna putih atau kekuningan dengan tepi kemerahan di bahagian dalam bibir, pipi, lidah atau gusi. Simptom utamanya ialah rasa pedih atau perit terutama ketika makan, minum dan memberus gigi, malah ada yang hilang selera makan atau sukar bertutur apabila ulser membesar. Kebanyakan ulser yang kecil akan sembuh sendiri dalam tempoh satu hingga dua minggu tanpa meninggalkan parut. Namun ulser yang besar, berkelompok atau kerap berulang mungkin menandakan masalah lain dan perlu diberi perhatian.
Penjagaan Diri Di Rumah
Sementara menunggu ulser sembuh, beberapa langkah penjagaan diri boleh membantu melegakan ketidakselesaan. Kumur mulut dengan air garam suam beberapa kali sehari, elakkan makanan yang pedas, masin, masam atau terlalu panas, minum air masak secukupnya, dan teruskan memberus gigi dengan lembut menggunakan berus yang lembut. Amalkan pemakanan seimbang yang cukup vitamin B, C dan zat besi, serta uruskan stres kerana tekanan boleh mencetuskan ulser. Gel mulut yang dijual di farmasi juga boleh membantu melindungi ulser jika digunakan mengikut arahan.
Bila Perlu Berjumpa Doktor
Seperti pesan Dr Ezairy di atas, dapatkan pemeriksaan doktor jika ulser tidak sembuh melebihi tiga minggu. Segera ke klinik atau hospital jika ulser sangat besar atau merebak, kerap berulang dalam masa singkat, disertai demam, sukar menelan atau bernafas, ataupun anda mengesyaki ia berpunca daripada ubat-ubatan atau penyakit lain seperti masalah autoimun. Pemeriksaan awal membolehkan doktor mengenal pasti punca sebenar dan memberikan rawatan yang sesuai, termasuk menolak kemungkinan yang lebih serius.
Rujukan
Maklumat lanjut tentang kesihatan mulut boleh dirujuk di portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM MyHEALTH di http://www.myhealth.gov.my/
*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.