Mungkin ada biasa dengar tentang penyakit tiroid tanpa betul-betul tahu apa yang dimaksudkan dengan penyakit tersebut? Apakah punca tiroid? Apakah simptom dan tanda-tandanya? Apakah kesan penyakit tiroid kepada kesihatan sekiranya tidak dirawat dan dibiarkan melarat?
Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit Tiroid?
Penyakit Tiroid adalah keadaan di mana kelenjar Tiroid seseorang yang sepatutnya berfungsi untuk menghasilkan hormon yang mengawal pelbagai fungsi tubuh badan gagal untuk berfungsi dengan normal. Ketidak normalan ini akan menyebabkan individu tersebut mendapat masalah kesihatan dan menjejaskan kehidupan seharian.
Penyakit Tiroid boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
Hipotiroidisme iaitu keadaan di mana tiroid pesakit tersebut tidak menghasilkan hormon tiroid yang mencukupi untuk tubuh badan. Keadaan ini juga dikenali sebagai tiroid yang tidak aktif. Keadaan ini akan melambatkan fungsi tubuh anda. Sebagai contoh, kadar metabolisma anda akan menurun.
Hipertiroidsime pula adalah keadaan di mana tiroid menjadi terlalu aktif lalu menyebabkan kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan daripada yang diperlukan oleh tubuh badan. Kes seperti ini akan menyebankan fungsi tubuh badan anda meningkat. Sebagai contoh, kadar metabolisma dan degupan jantung anda akan menjadi semakin cepat.
Goiter ialah keadaan di mana kelenjar tiroid anda membesar kepada saiz yang luar biasa.
Nodul tiroid iaitu pembengkakan pada satu bahagian kelenjar tiroid. Nodul yang memberngkak itu mungkin berada dalam keadaan pepejal atau boleh juga sedang penuh dengan cecair ataupun darah.
Kanser tiroid. Kanser tiroid adalah keadaan yang berlaku apabila sel kanser terbentuk pada tisu kelenjar tiroid.
Apakah punca penyakit Tiroid?
Adalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah punca Tiroid. Untuk makluman anda, punca penyakit Tiroid adalah berbeza-beza, bergantung kepda apakah jenis penyakit Tiroid yang dialami.
Bagi penyakit Hipotiroidisme, di antara puncanya ialah:
Kehilangan tisu tiroid. Kehilangan tisu tiroid boleh berlaku disebabkan oleh rawatan hipertiroidisme dengan tujuan pemusnahan radioaktif tisu tiroid dan pembuangan tisu tiroid.
Antibodi antithyroid. Ini adalah keadaan yang dialami oleh pesakit diabetes jenis 1, lupus, arthritis rheumatoid, hepatitis kronik, atau sindrom Sjogren. Dalam keadaan ini, badan pesakit menghasilkan sejenis antibodi yang boleh menyebabkan berlakunya penurunan pengeluaran hormon tiroid.
Kecacatan kongenital dalam penghasilan hormon tiroid. Anda mungkin mempunyai masalah Hipothyroidism sejak lahir.
Bagi penyakit Hipertiroidsime pula, berikut adalah punca-puncanya:
Penyakit Graves iaitu keadaan tiroid autoimun yang disebabkan oleh rangsangan abnormal pada kelenjar tiroid oleh bahan dalam darah yang disebut thyroid stimulating immunoglobulin (TSI). TSI akan merangsangkan tiroid secara berlebihan lalu menyebabkan terjadinya goiter.
Goiter multinodular toksik. Ini adalah keadaan yang berlaku apabila nodul dalam kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid dengan sendiri tanpa mengambil kira tahap rangsangan TSH. Keadaan ini biasanya berlaku kepada pesakit goiter, terutamnya orang tua.
Thyroiditis subacute iaitu gangguan keradangan sementara kepada kelenjar tiroid.
Adenoma pituitari iaitu sejenis tumor kelenjar pituitari yang menyebabkan pengeluaran TSH yang bebas menghasilkan kelenjar tiroid.
Sementara itu, punca penyakit Tiroid jenis Goiter adalah:
Hormon tiroid yang berlebihan boleh menyebabkan Goiter.
Kelenjar tiroid yang kurang produktif juga boleh menjadi punca Goiter.
Nodul goiter pula adalah penyakit Tiroid yang berlaku disebabkan oleh:
Pendedahan radiasi luaran.
Kekurangan iodin.
Kanser tiroid adalah penyakit Tiroid yang berlaku disebabkan oleh pendedahan kepada radiasi seperti rawatan penyakit kanser.
Apakah cara rawatan untuk penyakit Tiroid?
Seperti puncanya, rawatan untuk penyakit Tiroid juga adalah berbeza dan bergantung kepada jenis penyakit yang dialami. Bagi pesakit Hipotiroidisme, rawatan yang akan diberikan ialah memberikan hormon tiroid sintetik seperti levothyroxine sebagai pengganti hormon tiroid kepada pesakit tersebut untuk seumur hidupnya.
Bagi pesakit Hipertiroidism, pengeluaran hormon tiroid yang berlebihan boleh dikawal dengan cara:
Rawatan iodida radioaktif dimana pesakit akan diberikan tablet atau cecair yang mengandungi iodida radioaktif dalam jumlah yang cukup besar untuk merosakkan sel-sel kelenjar tiroid dan mengehadkan keupayaannya menghasilkan hormon tiroid.
Ubat anti-tiroid
Pembedahan
Rawatan untuk Goiter adalah bergantung saiz goiter, tanda dan gejala yang dialami. Kebiasaannya pesakit akan dirawat dengan cara:
Ubat-ubatan. Penggantian hormon tiroid seperti levothyroxine akan diberikan.
Aspirin untuk mengubati radang pada tiroid anda.
Pembedahan untuk mengeluarkan kelenjar tiroid sekiranya goiter terlalu besar sehingga menyebabkan pesakit berasa tidak selesa, kesukaran bernafas dan menelan.
Iodin radioaktif untuk merawat kelenjar tiroid yang terlalu aktif.
Apakah kesan penyakit Tiroid kepada tubuh badan sekiranya tidak dirawat?
Penyakit Tiroid yang dirawat akan sembuh dan pesakit berpeluang untuk menjalani hidup seperti orang lain yang normal. Walau bagaimana pun, penyakit Tiroid yang tidak dirawat akan menyebabkan pesakit tersebut berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi seperti yang berikut:
Thyroid Storm atau juga dikenali sebagai Krisis Tiroid iaitu sejenis penyakit yang boleh mengancam nyawa bagi pesakit yang mempunyai masalah penyakit Tiroid. Thyroid Storm berlaku apabila kelenjar tiroid pesakit tersebut tiba-tiba mengeluarkan hormon tiroid dengan banyak dan secara berlebihan dalam tempoh masa yang singkat. Sekiranya seorang pesakit Tiroid mengalami Thyroid Storm, beliau perlu dikejarkan ke hospital dengan segera bagi mendapatkan rawatan perubatan kecemasan.
Masalah jantung yang serius. Penyakit Tiroid yang tidak dirawat dan dibiarkan berlarutan akan menjadi semakin serius dan boleh menyebabkan pesakit tersebut mendapat masalah jantung yang serius.
Masalah tulang. Masalah tulang seperti Osteperosis adalah satu lagi komplikasi penyakit Tiroid yang sangat ditakuti oleh para pesakitnya.
Itulah dia punca Tiroid yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami hari ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang punca stress dan punca mulut berbau
Kongsikan Artikel ini
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.