Tidur pada waktu malam sememangnya satu nikmat yang sukar dicari ganti. Sehari kalau tak boleh tidur malam, boleh menyebabkan rehat yang tidak cukup dan kelesuan sepanjang hari. Jom ketahui punca tak boleh tidur malam menerusi bacaan artikel ini.
Tidur merupakan satu tempoh tubuh badan kita merehatkan diri selepas seharian menghadapi urusan dunia. Ketika tidur, sistem fisiologi tubuh masih berjalan tetapi pada kadar yang lebih perlahan.
Di samping itu, waktu tidur inilah tubuh badan kita membaiki sel-sel yang rosak dan meningkatkan pertumbuhan diri.
Seorang manusia dewasa memerlukan tidur yang cukup selama lebih kurang 6-8 jam sehari. Waktu yang disarankan untuk tidur bagi kita umat Islam ialah selepas Isyak dan bangun sebelum Subuh.
Bagi mereka yang mengalami masalah tak boleh tidur malam, mereka akan resah gelisah dan sentiasa dalam keadaan letih. Maka, punca tak boleh tidur malam perlulah diketahui bagi mencari langkah penyelesaian masalah ini.
Jam biologi ini bermaksud kefahaman tubuh badan kita yang mengenal pasti tempoh waktu tertentu dengan tugas tertentu.
Maksudnya, badan kita sudah faham dan bersedia, contohnya bila waktu makan tengah hari? Jika kita tidak makan, perut akan berkeroncong.
Sama halnya, tubuh badan kita faham bahawa waktu malam ialah waktu untuk melelapkan mata.
Biasanya terjadi dalam kalangan bayi yang baru lahir. Mereka belum pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran siang dan malam kerana sebelum ini mereka berada di dalam kantung rahim. Tidak hairanlah jika ibu bapa yang baru menimang cahaya mata akan ikut berjaga dengan anak mereka.
Selain itu, jam biologi akan bertukar jika anda mengamalkan tabiat khususnya tabiat tidak tidur malam selama 3 hari berturut-turut atau lebih.
Hal ini biasa dilakukan oleh para pelajar sekolah dan universiti yang berjaga malam untuk mengulang kaji pelajaran di musim peperiksaan. Menjelang habis waktu peperiksaan, mereka sukar kembali kepada amalan tidur sebelumnya kerana sistem badan sudah biasa dengan rutin baharu tidak tidur pada waktu malam.
Kafein merupakan sebatian yang dijumpai dalam minuman seperti kopi dan teh. Sebatian ini akan merangsang reseptor pada saraf otak untuk memberikan rasa kecergasan dan berjaga.
Ramai yang menggunakan tips ini untuk kekal berjaga bagi tujuan ulang kaji pelajaran atau bekerja di syif malam.
Menurut kajian penyelidik USA pada tahun 2005, sebatian kafein akan terurai separuh selepas 4 jam berada dalam tubuh badan. Oleh yang demikian, bagi mereka yang ingin minum kopi, sila pastikan senggang waktu 4 jam sebelum waktu tidur anda.
Hal ini supaya mengelakkan anda terus segar tak boleh tidur malam kerana masih kekal berjaga!
Diabetes atau kencing manis merupakan keadaan kandungan gula yang tinggi dan tidak terkawal dalam tubuh. Hal ini disebabkan kepekaan insulin yang rendah apabila pesakit pernah mengambil makanan yang tinggi gula sebelum ini.
Pesakit kencing manis sering mengadu masalah mereka tak boleh tidur malam. Hal ini ditambah dengan gejala sampingan diabetes seperti kebas, kelesuan dan masalah darah tinggi yang menjejaskan mood ingin tidur.
Oleh sebab itu, dinasihatkan pesakit diabetes untuk terus mengambil ubatan atau suntikan insulin sebagaimana yang disarankan oleh doktor bagi mengawal kandungan gula.
Ironinya, bagi mereka yang tidak mempunyai diabetes, masalah tak boleh tidur malam ini boleh meninggikan risiko penyakit diabetes sebagaimana yang ada dilaporkan oleh sekumpulan penyelidik dari Boston, USA pada tahun 2003.
Budaya melepak di mamak, aktiviti jualan gerai makanan larut malam dan berjaga untuk menonton rancangan TV atau ulang kaji atau bermain media sosial, semua ini menjurus kepada pengambilan makanan pada waktu lewat malam.
Apabila kita makan, hormon pencernaan akan dihasilkan bagi mencerna makanan yang memasuki sistem penghadaman. Sekiranya kita makan makanan berat, lebih lama masa yang diambil untuk mencerna makanan.
Ringkasnya, aktiviti pencernaan ini akan mengaktifkan reseptor otak supaya masih aktif dan berjaga. Sekurang-kurangnya, anda perlu makan 3-4 jam sebelum waktu tidur anda bagi mengelakkan sistem penghadaman anda bekerja keras pada waktu malam.
Tambah membimbangkan bagi mereka yang terus tidur selepas makan larut malam, sistem penghadaman anda akan terjejas. Apabila kita tidur, sistem otak akan menghantar isyarat untuk memperlahankan aktiviti sel termasuklah hormon dalam penghadaman.
Maka, kebanyakan makanan karbohidrat yang dimakan akan terus disimpan sebagai tisu adipos atau dikenali juga sebagai lemak. Ini menunjukkan bahawa tidur terus selepas makan malam boleh mengakibatkan masalah berat badan berlebihan atau obesiti.
Masalah psikologi dan emosi turut memainkan peranan menjadi punca tak boleh tidur malam.
Penyelidik dari University Hospital of North Staffordshire, UK menyenaraikan beberapa kesan emosi yang menjejaskan kualiti tidur, antaranya:
Keadaan bilik tidur dan persekitaran sekeliling merupakan antara faktor mempengaruhi punca tak boleh tidur malam.
Menurut kajian yang sama juga, penyelidik UK tersebut mendapati bahawa keadaan terang, bunyi bising dan suasana persekitaran di hospital tidak membantu para pesakit mendapatkan tidur yang lena.
Antara tips yang boleh diambil dalam mewujudkan persekitaran bilik tidur yang selesa ialah:
Secara keseluruhannya, punca tak boleh tidur malam, antaranya jam biologi yang bertukar, pengambilan kafein, penghidap diabetes, makan larut malam, tekanan emosi dan persekitaran yang tidak selesa.
Tidur yang berkualiti sangat penting untuk kesihatan kita. Kita boleh mula mengubah gaya hidup yang lebih sihat bagi mendapatkan tidur yang berkualiti tanpa terlalu bergantung kepada pil tidur.