Senggugut adalah kesakitan yang dialami semasa datang haid. Malah bagi sesetengah wanita, senggugut mula dirasai beberapa hari sebelum darah haid mula keluar.
Ada orang mengalami senggugut yang biasa dan masih mampu meneruskan urusan harian seperti biasa. Namun bagi yang kurang bernasib baik, ada yang senggugut teruk sehingga terpaksa bercuti dan berehat di rumah. Apakah punca senggugut?
Semasa haid, otot rahim anda akan mengembang dan menguncup untuk mengeluarkan datah kotor dari badan. Proses pengambagan dan penguncupan rahim yang normal tidak akan menyebabkan anda mengalami sebarang kesakitan.
Namun, jika otot dinding rahim anda menguncup dengan terlalu kuat disebabkan oleh lebihan hormon Prostaglandin, anda akan mengalami senggugut.
Semakin banyak hormon tersebut dalam tubuh anda semasa haid, semakin kuat oto dinding rahim anda mengecut lalu menyebabkan anda mengalami senggugut yang sangat teruk. Bukan itu sahaja, lebihan hormon Prostaglandin juga akan menyebabkan anda mengalami:
Jika anda mengalami senggugut yang teruk bersama tiga simptom yang kami senaraikan ini, kemungkinan besar ianya berpunca daripada lebihan hormon prostaglandin dalam badan. Tiada yang serius. Pengambilan ubat tahan sakit sangat membantu. Dapatkan rehat yang secukupnya.
Salah satu daripada penyebab utama anda mengalami senggugut yang teruk ialah penyakit Endometriosis. Apa yang dimaksudkan dengan Endometriosis? Ia adalah satu penyakit yang menjejaskan kesihatan reproduktiviti seorang wanita dan boleh menyebabkan kesukaran untuk mengandung. Dan salah satu simptom Endometriosis ialah pendarahan yang banyak semasa haid bersama sakit senggugut yang terlalu kuat.
Rahim seorang wanita terdiri daripada 3 lapisan dan lapisan yang paling dalam dipanggil sebagai lapisan endometrium. Apabila tiba waktu subur anda, lapisan endometrium ini akan menebal sebagai persediaan untuk mengandung. Jika persenyawaan tidak berlaku, lapisan ini akan menipis semula dan gugur, lalu menjadi darah haid yang keluar dari badan anda setiap bulan.
Endometriosis berlaku apabila terdapat tisu endometrium yang sepatutnya berada di dalam rahim melekat dan tertanam di tempat yang sepatutnya iaitu di bahagian luar rahim seperti di tiub, ovari, usus, pundi kencing dan dinding abdomen. Apabila ini berlaku, setiap kali anda datang bulan, darah bukan sahaja akan datang dari dalam rahim malah bahagian luar rahim yang tertanam tisu endometrium juga akan berdarah juga.
Inilah puncanya kenapa pesakit Endomestriosis mengalami pendarahan yang teruk dan senggugut yang keterlaluan setiap kali datang bulan. Oleh itu, jika anda mengalami senggugut teruk setiap bulan, sila dapatkan pemeriksaan bagi memastikan anda tidak mempunyai penyakit serius yang lain, terutamanya Endometriosis.
Senggugut yang teruk setiap bulan juga boleh berlaku disebabkan oleh adanya cyst didalam ovari anda. Cyst adalah ketumbuhan bukan kanser yang boleh tumbuh dalam ovari anda. Ianya boleh membesar dan menjejaskan kesuburan anda. Malah kehadirannya juga akan menyebabkan anda mengalami senggugut yang teruk. Oleh itu, kalau anda selalu senggugut dan perasan perut anda kelihatan lebih buncit daripada biasa, sila dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
Dari tiga orang wanita, salah seorang daripada mereka akan disahkan mempunyai fibroid. Malah fibroid juga merupakan salah satu daripada punca senggugut yang ramai wanita tak tahu. Fibroid adalah ketumbuhan pada dinding rahim. Fibroid boleh mengecut sendiri namun jika ianya membesar, ia boleh mendatangkan pelbagai masalah termasuk senggugut teruk. Di antara simptom fibroid adalah:
Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom di atas, kemungkinan besar senggugut teruk yang anda alami setiap bulan adalah disebabkan oleh fibroid.
Radang pelvis atau Pelvis Inflammatory Disease (PID) adalah sejenis jangkitan pada organ peranakan yang juga boleh menjadi punca senggugut teruk setiap kali datang haid. Penyakit ini sukar dikesan pada peringkat awal, dan biasanya hanya diketahui apabila ianya sudah berada pada tahap serius. Siapakah golongan yang berisiko untuk mendapat penyakit radang pelvis?
Mereka yang mengamalkan seks bebas dan bertukar-tukar pasangan adalah golongan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini. Malah mereka yang kerap menggunakan pencuci vagina juga berisiko untuk mendapat radang pelvis kerana bahan dalam pencuci vagina akan mengubah flora dan fauna yang ada di situ dan memaksanya untuk bergerak menuju ke bahagian lain organ peranakan.
Di antara simptom radang rahim ialah:
Oleh itu, jika anda mengamalkan seks bebas atau kerap menggunakan pencuci vagina, sila dapatkan pemeriksaan sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas terutamanya senggugut yang teruk setiap bulan.
Itulah dia 5 punca senggugut yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami hari ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang petua hilangkan senggugutdan tanda nak datang bulan.