Sakit jantung merupakan salah satu daripada punca kematian utama di Malaysia. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, sakit jantung berlaku apabila saluran darah menjadi sempit akibat pengumpulan plak kolesterol lalu mengakibatkan bekalan darah ke jantung tidak mencukupi. Apakah punca sakit jantung?
Kebanyakan pesakit jantung mengamalkan amalan pemakanan tidak sihat. Amalan pemakanan tidak sihat termasuklah:
Amalan pemakanan tidak sihat akan mengakibatkan tubuh badan kita terdedah dengan pelbagai gejala penyakit khususnya diabetes, darah tinggi dan obesiti yang akhirnya akan menjadi penyebab kepada masalah jantung. Oleh itu, amalkan pemakanan yang sihat dengan mengutamakan makanan sihat, semulajadi, dan segar .
Kita selalu dengar bahawa kalau nak sihat, kita perlu rajin bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, 3 kali seminggu. Kenyataan ini adalah sangat benar kerana apabila kita bersenam, jantung akan berdegup dengan laju berbanding semasa kita berehat.
Apabila jantung kita berdegup dengan laju, ia akan menghasilkan jantung yang sihat. Pendek kata, senaman menguatkan sistem jantung.
Bersenam juga akan membantu merangsang pengaliran darah dengan lebih lancar ke jantung. Sebagai bonus, senaman membantu mengeluarkan peluh dan menjaga berat badan kita. Oleh itu, kalau sayangkan jantung anda, rajinkan diri untuk bersenam.
Gaya hidup tidak sihat telah dikenal-pasti sebagai di antara punca sakit jantung yang semakin meningkat di Malaysia. Di antara ciri-ciri gaya hidup tidak sihat adalah termasuk:
Punca sakit jantung yang seterusnya ialah faktor genetik atau keturunan. Tahukah anda, sakit jantung boleh diwarisi. Sekiranya ada ahli keluarga anda seperti datuk, nenek, moyang, ibu, ayah, atau pakcik dan makcik yang mengidap sakit jantung, kemungkinan untuk anda mendapat sakit jantung adalah tinggi.
Oleh itu, jika anda berkemungkinan mewarisi sakit jantung, boleh amalkan gaya hidup sihat, rajinkan diri untuk bersenam, dan amalkan pemakanan yang sihat bagi menurunkan kemungkinan anda diserang penyakiy yang boleh membawa maut tersebut.
Mereka yang mempunyai masalah lebihan berat badan biasanya mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Ini kerana apabila anda mempunyai badan yang gemuk, ini bermakna kadar kolesterol dalam badan anda juga adalah tinggi. Kolesterol yang terdapat dalam badan anda akan berkumpul di dalam arteri dan saluran darah.
Kolesterol yang terlalu banyak akan menyebabkan berlakunya sumbatan dan menyebabkan darah tidak dapat sampai ke jantung. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, tiba masanya untuk anda membetulkan keadaan. Jaga pemakanan, rajinkan diri bersenam, insya Allah berat badan anda akan menurun dan menjauhkan diri anda daripada sakit jantung.
Semakin berumur seseorang individu, semakin tinggi risiko untuk mendapat sakit jantung. Bagi seorang lelaki, risiko untuk anda mendapat sakit jantung meningkat sebaik sahaja anda meraikan hari lahir yang ke empat puluh lima manakal bagi seorang wanita, ianya akan bermula apabila berumur 55 tahun. Oleh itu, semakin anda berusia, elakkan perkara yang boleh menjadi punca sakit jantung.
Tekanan darah tinggi juga merupakan di antara punca sakit jantung yang sering diabaikan oleh rakyat Malaysia. Tahukah anda bahawa tekanan darah yang normal adalah di bawah 120/80 mmHg bergantung kepada usia. Jika tekanan darah anda adalah melebihi angka tersebut, bermaksud anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi.
Bagaimana tekanan darah tinggi boleh menjadi punca sakit jantung? Tekanan darah yang terlalu tinggi akan merosakkan arteri dan menggalakkan penumpukan plak yang boleh menyebabkan arteri anda tersumbat. Oleh itu, jika anda disahkan mempunyai masalah tekanan darah tinggi, sila pantau tekanan darah anda bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.
Stress dan tekanan adalah satu lagi punca sakit jantung yang telah dikenal-pasti. Pada zaman yang serba mencabar ini, stress sudah menjadi perkara biasa. Namun stress yang tidak terkawal boleh menjejaskan kesihatan anda dan menyebabkan anda mendapat sakit jantung. Oleh itu, kawal stress anda. Dapatkan bantuan sekiranya anda tidak mampu melakukannya seorang diri.
Umum tahu bahawa dadah sememangnya musuh utama negara. Ianya bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan malah boleh menghancurkan kebahagiaan orang tersayang.
Namun tak ramai yang tahu bahawa penyalah gunaan dadah boleh menjadi punca sakit jantung. Pengambilan dadah seperti amfetamin dan kokain akan merosakkan sistem jantung anda sekali gus menyebabkan anda mendapat sakit jantung. Oleh itu, sayangi diri anda, jauhi najis dadah.
Didalah sebatang rokok terdapat beribu-ribu bahan kimia merbahay dan toksik yang boleh menjejaskan kesihatan jantung anda. Semakin banyak rokok yang anda hisap, semakin tinggi risiko anda untuk mendapat sakit jantung.
Itulah dia perkongsian kami tentang punca sakit jantung. Semoga bermanfaat untuk anda. Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel kami tentang tanda sakit jantung dan punca kencing manis