Mata kita ini adalah salah satu organ penting kerana ia membantu kita untuk melihat dunia dengan mata kepala sendiri. Tanpa mata kita tidak dapat menikmati nikmat melihat benda yang cantik di dunia ini. Tetapi disebabkan teknologi yang semakin canggih, pelbagai alat elektronik yang dicipta yang menyebabkan salah satu faktor mata menjadi rabun.
Kini, majoriti manusia akan ada masalah penglihatan kabur tanpa mengetahui puncanya. Kabur penglihatan dan rabun adalah 2 benda yang berbeza. Rabun terjadi akibat tidak menjaga mata dengan baik dengan melihat gadjet di tempat yang gelap, melihat gadjet terlalu lama dan terlalu memaksa mata untuk terus bekerja.
Kabur penglihatan pula adalah berpunca daripada beberapa penyakit. Pada asalnya, kita dapat melihat dengan jelas dan tiada masalah. Jika rabun, hanya perlu memakai kaca mata yang dibuat khas di kedai optik. Tetapi lama-kelamaan penglihatan kelihatan kabur walaupun memakai kaca mata khas. Mengapa?
Apakah punca yang menyebabkan penglihatan kita menjadi semakin kabur?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 punca penglihatn mata menjadi kabur dan cara mencegahnya. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.
Antara penyebab kabur penglihatan :
✔Presbyopia
✔Katarak
✔Glaukoma
✔Diabetik Retinopati
✔Rabun malam
✔Retina lekang
✔Radang saraf optik
✔Angin ahmar
✔Migrain
✔Pendarahan dalam mata
🙆Pakai cermin mata gelap sebagai pelindungan dari cahaya UV
🙆Guna cermin mata keselamatan semasa melakukan kerja yang menggunakan alatan tajam
🙆Jangan merokok
🙆Pastikan berat BMI ideal serta tekanan darah & paras kolesterol berada di bawah kawalan
🙆Pastikan paras gula di bawah kawalan sekiranya menghidapi diabetes
*Berikut adalah punca dan cara mencegah masalah kabur penglihatan. Kabur penglihatan terjadi kerana mempunyai penyakit kronik seperti yang disenaraikan di atas. Jika ibu bapa anda ada penyakit seperti di atas, pergi bawa berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan mata. Lebih baik mengambil langkah awal sebelum terkena. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.