Asma adalah penyakit di mana pesakit sukar untuk bernafas. Hal ini berlaku kerana keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Oleh itu, pesakit sukar untuk bernafas kerana tidak cukup udara untuk sampai ke seluruh badan.

Penyakit asma bagi kanak-kanak, asma mereka akan semakin baik apabila meningkat dewasa. Dengan syarat, jaga kesihatan dengan baik. Jangan terlalu kuat bersukan sehingga boleh mengakibatkan asma menjadi teruk.

Kita hanya tahu cara untuk merawat penyakit asma. Tapi, tahukah anda punca kita boleh mendapat asma?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai punca-punca mendapat penyakit asma. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Punca-punca mendapat penyakit asma

Kenapa asma berlaku, ia adalah kombinasi factor genetik dan persekitaran.

Genetik

1. Ibu bapa yang menghidapi asma atau allergik lain seperti resdung, eczema dan lain-lain, anak-anak mereka lebih berisiko untuk menghidap asma berbanding anak-anak kepada ibu-bapa yang tidak menghidap allergik seperti ini.

Persekitaran

1- Mengidap penyakit bronchilitis ata radang paru-paru sewaktu kecil. Penyakit ini boleh berterusan sehingga kenak-kanak membesar dan menjadi asma.

2- Kelahiran prematang, terutama jika memerlukan bantuan ventilator sewaktu baby.

6- Terdedah kepada asap rokok atau sebarang pencemaran udara sewaktu kecil, menjadikan paru-paru sangat sensitif. Ia dipanggil hyperactive airway, ini boleh menyebabkan berlakunya asma.

ounca asma
Image via Facebook

Asma seperti juga penyakit-penyakit allergi yang lain, bukan akan menyerang sepanjang masa. Ada yang terkawal, hanya terjadi apabila terdedah kepada allergen, ada juga yang jenis tidak terkawal yang boleh menyerang pada bila-bila masa.

Punca Asma semakin teruk

Antara perkara yang boleh menyebabkan asma berlaku atau menjadi lebih teruk atau tidak terkawal :

1- Jangkitan padai paru-paru dan saluran pernafasan.

2- Alergen (bulu haiwan, debu hama, serbuk bunga).

3- Pencemaran udara seperti asap rokok, jerebu dll.

4- Emosi yang berlebihan (kesedihan yang berlarutan, marah berlebihan, dan tertawa terbahak-bahak).

5- bersukan/ aktiviti fizikal (seperti olahraga).

6- Ubat-ubatan, seperti ubat darah tinggi jenis Beta Blocker cth Labetolol, Propanolol, Atenolol dll.

7- Makanan atau minuman sejuk/ cuaca sejuk

8- Alergi makanan.

*Punca-punca diatas adalah akibat kita mendapat asma. Persekitaran yang penuh dengan asap dan jerebu membuatkan asma semakin teruk dan tidak terkawal. Maka seeloknya memakai mask N95 untuk elak daripada terhidu asap. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel penuh di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.