Sebelum ini kami pernah berkongsi tentang 8 petua menghilangkan kencing tak lawas yang mudah, murah, dan berkesan. Kali ini, kami akan bercerita tentang punca kencing tak lawas yang pasti buatkan anda terkejut.
Kencing tak lawas adalah keadaan di mana anda berasa tidak puas apabila membuang air kecil lalu menyebabkan anda terpaksa berulang-alik ke tandas. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan ketidak selesaan malah mengganggu urusan harian anda.
Baik. Apakah punca berlakunya kencing tak lawas?
Jika anda suka menahan kencing, ia boleh menjadi punca berlakunya masalah kencing tak lawas. Bagaimana ianya berlaku? Tabiat suka menahan kencing akan menyebabkan otot pundi kencing tidak dapat berfungsi dengan normal iaitu mengembang dan mengecut dengan betul.
Apabila otot pundi kencing tidak berfungsi dengan normal, akan berlaku lebihan air kencing dalam pundi kencing apabila pundi kencing tidak berjaya mengosong dengan betul apabila anda membuang air kecil. Itulah sebabnya anda rasa tidak puas walau pun lama duduk di mangkuk tandas.
Kegagalan membasuh kemaluan dengan betul selepas membuang air kecil boleh menyebabkan anda mengalami masalah kencing tak lawas. Cara membasuh dengan betul ialah lap dari hadapan ke belakang, bukan sebaliknya.
Pemakaian seluar dalam untuk tempoh yang lama dan tidak mengelap kemaluan sehingga kering sebelum memakai seluar dalam boleh menyebabkan anda mendapat masalah kencing tak lawas. Seluar dalam yang lembab akan menjadi perumah bagi bakteria dan akan masuk ke dalam vagina anda lalu menyebabkan jangkitan.
Kurang minum air kosong boleh menjadi punca anda dijangkiti kencing tak lawas.
Aktiviti yang kita lakukan setiap hari seperti bersenam, ketawa yang terlalu kuat, batuk yang terlalu kuat, malah bersin yang terlalu kuat boleh menyebabkan otot pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat menahan air kencing.
Apabila anda mengandung, janin akan sentiasa menekan pundi kencing lalu menyebabkan anda mengalami masalah kencing tak lawas. Semakin besar kandungan anda, semakin kuat ia menekan pundi kencing lalu menyebabkan anda semakin kerap ke tandas.
Usah risau, selepas bersalin masalah ini akan hilang sedikit demi sedikit dan terus lenyap apabila dinding vagina anda kuat semula.
Mereka yang kerap beronani akan mengalami masalah kencing tak lawas.
Wanita yang mengalami masalah rahim jatuh juga akan mengalami masalah kencing tak lawas kerana rahim sentiasa menekan pundi kencing lalu mewujudkan rasa nak membuang air kecil dengan kerap.
Punca berlakunya masalah kencing tak lawas yang seterusnya ialah prolaps faraj iaitu keadaan di mana struktur faraj menekan saluran uretra lalu menyebabkan saluran air kencing tersekat. Saluran air kencing yang tersekat akan menyebabkan air kencing tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna apabila anda membuang air kecil.
Selain prolaps faraj, prolaps pundi kencing juga adalah punca kenapa anda mengalami masalah kencing tak lawas. Keadaan ini juga dikenali sebagai pundi kencing runtuh. Ia adalah keadaan dimana pundi kencing jatuh ke bawah dan masuk ke dalam kawasan vagina disebabkan oleh dinding vagina yang menyokong pundi kencing menjadi lemah. Di antara faktor yang boleh menyebabkan dinding vagina menjadi lemah ialah:
Saluran kencing yang tersumbat akan menyebabkan pundi kencing tidak mengeluarkan air kencing dengan sempurna. Akan ada saki-baki air kencing yang tertinggal setiap kali anda membuang air kecil. Di antara anasir yang boleh menyebabkan saluran kencing tersumbat ialah batu ginjal atau pun tumor.
Masalah kerosakan pada saraf pundi kencing juga akan menyebabkan anda mengalami kencing tak lawas. Kerosakan saraf
boleh berlaku disebabkan oleh penyakit kencing manis yang tidak dikawal.
Masalah kencing tak lawas juga boleh berlaku disebabkan oleh berlakunya jangkitan kuman pada saluran uretra. Jangkitan mungkin berlaku akibat anda tidak menjaga kebersihan kemaluan atau penyempitan saluran uretra lalu menyebabkan kecederaan kepada saluran tersebut.
Bagi kaum lelaki, radang prostat yang menyebabkan berlakunya bengkak prostat adalah punca berlakunya masalah kencing tak lawas.
Sekiranya anda seorang pesakit batu karang, masalah kencing kotor adalah di antara kesan sampingan yang akan anda alami. Anda akan berasa tidak puas dan mungkin juga mengalami kesakitan setiap kali membuang air kecil.
Penyakit kencing manis yang tidak dikawal akan menyebabkan keadaan dimana gula memasuki air kencing anda lalu menyebabkan air kencing menjadi banyak.
Sesetengah ubat seperti ubat tekanan darah tinggi, penenang otot, sedatif, dan beberapa jenis ubat sakit jantung telah dikenal pasti sebagai punca berlakunya masalah kencing lawas.
Itulah dia 17 perkara yang boleh menjadi punca anda dijangkiti penyakit kencing tak lawas. Anda biasa melakukan perkara-perkara yang kami senaraikan di atas? Anda menghidap salah satu daripada masalah kesihatan di atas? Anda berisiko tinggi untuk mendapat kencing tak lawas.