Jerawat yang tumbuh pada wajah selalu menghilangkan keyakinan diri. Ramai menganggap jerawat berpunca dari masalah kulit berminyak, perubahan hormon terutama di kalangan remaja dan semasa kedatangan haid.
Pelbagai ubat dan produk khas dikeluarkan di pasaran yang mendakwa ia boleh menghilangkan jerawat. Kesimpulannya, jerawat adalah masalah yang melanda ramai orang sehingga pengeluar produk kecantikan juga mahu mengaut keuntungan daripadanya.
Ya, jerawat berpunca daripada terutamanya kerana keadaan hormon yang biasanya aktif semasa usia remaja. Maka, benarlah anggapan ramai orang. Ini ditambah pula dengan bakteria pada kulit dan asid lemak. Gabungan keadaan hormon dan bakteria inilah yang akan menyebabkan berlakunya masalah jerawat.
Jerawat biasanya menyerang bahagian wajah dan bahagian inilah yang paling merunsingkan ramai orang. Tetapi, jerawat juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain pada badan. Mungkin anda pernah ternampak jerawat pada dada, bahu, dan merasainya pada bahagian belakang badan anda. Ini adalah tempat-tempat lain di mana jerawat boleh menyerang. Jerawat tumbuh di kawasan tersebut kerana kawasan-kawasan ini adalah kawasan kelenjar minyak.
Jerawat mempunyai tahap. Jerawat boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap ringan, sederhana, dan teruk. Jerawat ringan ditunjukkan oleh bintik putih atau bintik hitam. Jerawat sederhana pula ialah jerawat dengan bintik putih atau bintik hitam. Bengkak yang dalam dan menyakitkan di bawah kulit, sama ada ia bernanah atau pun tidak adalah jenis jerawat teruk. Jerawat teruk betul-betul membuatkan kita rasa tidak selesa sehingga membuatkan sesetengah orang cuba untuk mengeluarkan nanah dengan memicitnya.
Melihat nanah yang keluar dari bonggolan merah menyakitkan pada wajah memang satu kepuasan. Tapi ia sebenarnya mempunyai kesan yang anda tidak akan mahu. Jadi, sebelum anda melakukan perkara tersebut, baca ini terlebih dahulu. Sekiranya anda mendapat jerawat, anda perlu mengelakkan daripada melakukan semua yang disenaraikan di bawah ini:
Oleh itu, cuba dapatkan rawatan yang betul iaitu dengan menggunakan ubat yang disediakan atau dijual di pasaran. Ubat bagi merawat jerawat terbahagi kepada ubat sapuan dan ubat untuk dimakan. Ubat sapu terdiri daripada losen, krim, gel, dan pencuci dalam bentuk cecair. Ini adalah ubat yang biasa digunakan oleh mereka yang mengalami masalah jerawat. Ubat yang dimakan pula terdapat dalam bentuk pil dan kapsul. Pilih mana-mana yang anda rasakan sesuai.
Rawatan jerawat juga bergantung kepada tahap keterukan jerawat tersebut. Berikut adalah rawatan yang ada untuk masalah jerawat;
Ia berfungsi untuk mencairkan sisa atau daki terutama pada zon T yang berminyak. Ia juga menyingkirkan sel mati yang menjadi punca kepada liang roma yang tersumbat. Hasilnya, kulit menjadi licin, lembut, dan kekal lembap.
Ia membunuh bakteria, sekaligus menghalang pembiakannya. Antara contoh ubatannya ialah Akneroxid 5, Akneroxid 10, Benzac AC, Brevoxyl, Panoxyl (benzoyl peroxide), Clearasil, dan Palmer’s skin success acne medication.
Rawatan berbentuk hormonal dapat mengawal pengeluaran sebum dalam kelenjar minyak. Oleh itu, ia juga menghalang penghasilan minyak.
Antibiotik boleh menyerang kuman yang menyebabkan jerawat menjadi bertambah teruk. Ia boleh menghalang pembiakan bakteria dan mengurangkan kemerahan dan bengkak. Antara ubat-ubatan dalam kategori ini ialah Aknemycin, Eryderm, C-mycin, Dalacin-T, dan Topicil.
Retinoid dapat menghalang liang roma dari tersumbat. Retinoid juga memberi kesan anti-radang. Antara ubat-ubatan retinoid ialah Isotrex, Oratane, Retacnyl, Retin-A, Stieva-A, dan Tretinon.
Steroid dapat mengurangkan keradangan.
Ramai yang menyangka rawatan kepada jerawat boleh menghilangkannya dalam jangka masa pendek. Jadi, selepas satu ubat dirasakan tidak berhasil, mereka terus menukarnya dengan ubat yang lain. Sebenarnya, merawat jerawat boleh mengambil masa sehingga 3 bulan. Bagi jerawat yang teruk, ia boleh mencapai sehingga 5 bulan untuk dirawati.
Sebagaimana ubat-ubatan yang lain, rawatan kepada jerawat juga ada kesan sampingannya. Retinoid, misalnya, memberi kesan yang lebih teruk berbanding yang lain kerana ia ubat anti-radang yang teruk kesannya. Antara kesan sampingan rawatan untuk jerawat ialah;
Kesan sampingan ini bukan sesuatu yang menyeronokkan nampaknya. Sakit perut, loya dan semua yang disenaraikan amat mengganggu urusan harian kita. Jadi, untuk mencegah jerawat atau mengelakkan ia semakin bertambah, cuba ikuti tips ini;
Anda juga boleh menjaga pemakanan anda. Berikut adalah makanan yang boleh menyebabkan reaksi kulit kepada jerawat;
Oleh itu, anda dicadangkan untuk mengurangkan dan menggantikan semua makanan ini dengan makanan yang lebih sihat. Antaranya ialah;
Wajah yang bersih, lembut dan licin adalah idaman setiap orang. Walaupun 80 peratus rakyat Malaysia mendapat jerawat, tapi anda pasti mahu berada di dalam kalangan 20 peratus yang tidak mempunyai masalah ini. Oleh itu, pastikan anda makan makanan yang baik untuk kesihatan kerana ini turut menyumbang kepada kecantikan kulit. Anda juga harus menjadi pengguna yang berilmu dalam memilih produk kecantikan yang sesuai dan tidak menjejaskan kulit anda. Elakkan menyakitkan diri dengan produk kecantikan yang salah walaupun harganya murah.