Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Punca Darah Pekat Yang Ramai Orang Tak Tahu

Darah pekat bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan. Sekiranya dibiarkan tanpa sebarang rawatan, anda berpotensi untuk mendapat masalah kesihatan…

KesihatanDikemas kini 23 April 2019oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
Ilustrasi sel darah merah berkumpul menunjukkan keadaan darah pekat dalam salur darah.

Ringkasan Ringkas

  • Darah pekat ialah keadaan pembekuan darah tidak normal yang boleh menyebabkan aliran darah tersumbat.
  • Punca utama termasuk warisan keluarga, faktor pembekuan terlalu aktif, kurang pergerakan, dan kurang minum air.
  • Simptom awal meliputi kemerahan, bengkak, sakit pada anggota badan, sakit kepala, dan sakit mata.
  • Cara mencairkan darah pekat termasuk mengambil ubat seperti Heparin dan Warfarin, minum air secukupnya, dan bersenam.
  • Mengelakkan tabiat merokok dan alkohol serta mengamalkan pemakanan baik membantu mencegah darah pekat.

Darah pekat bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan. Sekiranya dibiarkan tanpa sebarang rawatan, anda berpotensi untuk mendapat masalah kesihatan yang jauh lebih serius seperti darah beku, deep vein thrombosis, dan sebagainya.

Apa yang dimaksudkan dengan masalah darah pekat? Apakah punca darah pekat?

Apakah yang dimaksudkan dengan darah pekat?

Darah pekat adalah satu keadaan di mana kadar pembekuan darah dalam salur darah seorang individu adalah pada kadar yang tidak normal. Kadar pembekuan yang tidak normal menyebabkan platlet darah saling bergumpal dan melekat di antara satu sama lain lalu menyebabkan aliran darah dalam badan menjadi lebih perlahan dan kurang lancar berbanding yang sepatutnya.

Sekiranya keadaan ini dibiarkan berlarutan tanpa sebarang rawatan, ia akan memberikan kesan negatif dan masalah kesihatan yang lebih buruk seperti darah beku, aliran darah yang tersumbat, malah boleh membawa maut.

punca darah pekat

Sumber: Lelakisihat

Apakah punca darah pekat?

Terdapat beberapa punca darah pekat yang telah dikenal-pasti dari segi perubatan. Di antara punca yang paling kerap berlaku adalah seperti berikut:

  • Warisan keluarga. Mungkin anda tak percaya, masalah darah pekat boleh diwarisi daripada genetik. Jika ada keturunan anda yang mengalami masalah darah beku, anda juga berisiko untuk mendapat masalah yang sama memandangkan ia ada dalam dna anda.
  • Overavtivity of clotting factors atau faktor pembekuan secara hyperactive juga adalah punca utama masalah darah pekat. Dalam situasi ini, darah anda terlalu aktif membeku lalu menyebabkan darah anda menjadi pekat dan aliran darah menjadi tersumbat.
  • Tidak menggerakkan anggota badan tertentu dalam masa yang lama adalah punca darah pekat yang seterusnya. Sebagai contoh, apabila seseorang mengalami kecederaan pada tulang belakang lalu terlantar di atas katil, ia akan meningkatkan risiko masalah darah pekat kerana aliran darah menjadi perlahan. Itulah sebabnya latihan fisioterapi diberikan kepada pesakit yang berkenaan.
  • Kurang minum air. Apabila anda tidak minum air dengan secukupnya, badan anda akan kekeringan dan secara automatik darah anda akan menjadi pekat.

Apakah tanda atau simptom darah pekat?

Mengetahui tanda darah pekat adalah sangat penting supaya anda dapat mengesan penyakit ini dengan lebih awal.

Peluang anda untuk sembuh adalah lebih tinggi sekiranya penyakit anda dikesan pada peringkat awal dan mendapat rawatan dengan kadar segera. Di antara tanda atau simptom darah pekat adalah seperti berikut:

  • Kemerahan pada anggota badan yang terlibat. Sebagai contoh, pesakit yang mengalami patah kaki dan jarang menggerakkan kaki yang patah tadi, kaki tersebut perlu diperhatikan dengan teliti. Sekiranya ia mula kemerahan, itu adalah tanda bahawa masalah darah pekat mula berlaku di situ.
  • Bengkak dan sakit pada tempat yang mengalami darah beku. Bagi kes pesakit dengan kaki yang patah tadi, jika kaki itu mula menjadi bengkak dan sakit, itu adalah petanda bahawa terdapat masalah dalam saluran urat dan darah pekat mula terbentuk di situ. sekiranya tidak dirawat dengan segera, saluran urat yang terlibat akan mengalami kerosakan pada bahagian injap dan ini akan mendatangkan masalah yang jauh lebih teruk.
  • Sakit badan. Pesakit yang mengalami masalah darah pekat akan selalu berasa sakit badan. Perkara ini terjadi kerana darah menjadi pekat di seluruh badan lalu menyebabkan peredaran oksigen kepada semua organ penting menjadi perlahan dan tidak normal.
  • Sakit kepala atau migrain adalah satu lagi simptom masalah darah beku yang biasa dialami oleh pesakitnya. Perkara ini berlaku kerana otak tidak mendapat oksigen yang mencukupi.
  • Sakit mata juga adalah salah satu gejala masalah darah pekat ini. Keadaan ini berlaku kerana darah pekat menyebabkan aliran darah dalam badan menjadi lambat lalu menyebabkan nutrien dan oksigen yang diperlukan oleh mata mengambil masa yang lama untuk sampai kepada mata. Ini akan menyebabkan mata berasa sakit dan mula rosak akibat tekanan tinggi yang berlaku disebabkan oleh kekurangan nutrien dan oksigen.

punca darah pekat

Sumber: Bidadari

Bagaimana cara untuk mencairkan darah pekat?

Seperti yang kami nyatakan tadi, darah pekat yang tidak dirawat boleh menyebabkan pelbagai masalah kronik malah boleh membawa maut. Oleh itu adalah sangat penting untuk anda mendapatkan rawatan dengan segera bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Di antara cara mencairkan darah pekat yang boleh anda lakukan adalah seperti berikut:

  • Ubat mencairkan darah. Pengambilan ubat mencairkan darah adalah cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah darah pekat yang anda alami. Doktor akan memberikan anda ubat dengan dos yang sesuai. Di antara ubat mencairkan darah yang biasa digunakan di Malaysia ialah Heparin dan Warfarin.
  • Minum air yang secukupnya setiap hari. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari. Apabila anda minum air dengan secukupnya, badan anda akan mendapat air yang diperlukan dan darah anda tidak akan menjadi pekat.
  • Berhenti merokok juga membantu mengatasi masalah darah pekat kerana toksin yang masuk ke dalam badan dari rokok akan menyebabkan darah menjadi pekat.
  • Berhenti minum alkohol. Seperti rokok, alkohol juga akan menyebabkan badan anda penuh denga toksin.
  • Amalan pemakan yang baik. Makan makanan semulajadi, elakkan makanan yang diproses dan makanan segera supaya masalah darah pekat yang anda alami boleh diatasi.
  • Bersenam. Apabila anda bersenam, ia membantu aliran darah dalam saluran darah menjadi lebih baik. Bersenam juga membantu mencairkan darah dengan lebih pantas dan mencegah darah daripada menjadi pekat.

punca darah pekat

Sumber: Diarikurus

Itulah dia punca darah pekat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda.

Jika anda sukakan perkongsian kami hari ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang punca mulut berbau, punca kurap, dan punca stress