Jika menyebut ulser mulut, mesti ramai yang pernah menghadapi ulser mulut. Ulser mulut salah satu penyakit biasa yang sering dihadapi oleh masyarakat. Selain itu, ulser mulut ini boleh mengakibatkan kita untuk susah makan kerana berasa pedih di dalam mulut.
Penyakit ulser mulut ini ialah penyakit biasa yang sering dihadapi oleh masyarakat. Penyakit ini juga mudah untuk merawatnya. Tetapi tahukah anda punca yang menyebabkan ulser mulut?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai ulser mulut. Dr. Kamarul Ariffin, seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Dr. Kamarul Ariffin akan berkongsikan info mengenai ulser mulut.
Ulser mulut juga dikenali sebagai serawan, guam, atau mata ikan ini adalah luka pada mukosa mulut. Biasanya terjadi pada bahagian dalam bibir, dalam pipi dan juga di permukaan lidah.
Lukanya kecil, tapi ia sangat pedih, kan?
Berikut adalah beberapa punca-punca yang telah dikenalpasti boleh menyebabkan berlaku ulser pada mulut:
Secara umumnya, tanpa rawatan, ulser mulut akan pulih sendiri dalam masa 1-2 minggu. Namun ada beberapa ubat yang boleh digunakan untuk mempercepatkan pemulihan ulser mulut ini. Ubat-ubat ni boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi doktor.
Ubat ini biasanya mengandungi bahan aktif bersifat anti-keradangan, antiseptik dan analgesik(tahan sakit). Ia adalah pilihan yang amat popular di kalangan para pengguna. Contoh ubat:
– Muco-Aid
– Oral Aid
– Bonjela
– Gingival Gel
Ubat jenis ini memberi pelindungan dengan membentuk lapisan yang menutupi luka (ulser), dan sesetengahnya mempunyai kualiti anti-radang untuk mengurangkn sakit dan bengkak. Contoh ubat:
– Keno
– Oralon
– Difflam Forte
Ubat jenis ini mengandungi antiseptik untuk mengekang jangkitan dan pertumbuhan bakteria dalam mulut. Ia juga memudahkan proses membersihkan mulut ketika kehadiran ulser. Contoh ubat:
– Oradex
– Hexidine
– Bactidol Mouthwash
Tak tahu nak pilih yang mana satu? Jangan risau, boleh tanya farmasis di farmasi tu. Mereka akan beri penerangan lanjut dan cadangan sesuai.
Selain ubat, boleh cuba juga amalkan tip-tip di bawah ni untuk mengelakkan berlaku ulser di dalam mulut:
*Ulser mulut ini mungkin penyakit biasa bagi yang selalu terkena. Tetapi penyakit ini jika tidak sembuh lebih dari 3 minggu, langkah baik adalah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang baik. Takut kerana kemungkinan disebabkan penyakit lain seperti autoimmune, syphilis, Crohn’s disease, HIV, kanser dan lain-lain. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.