Semasa hamil, kita selalu mengusap-usap di kawasan perut kita,bukan? Ia sebenarnya bagus untuk kesihatan bayi dalam kandungan dan ibu hamil tersebut. Lebih-lebih lagi apabila perut kita mula masuk ke fasa trimester ketiga. Waktu itu kita sudah mula rasa pergerakan bayi dalam kandungan. Rasa seronok bila ada pergerakan bayi dalam kandungan.
Kita biasa rasa bayi dalam kandungan bergerak aktif setiap hari. Tetapi bagaimana jika bayi kita kurang aktif hari ini? Adakah ia disebabkan aktiviti harian kita atau pemakanan kita? Semestinya ia membuatkan kita rasa bimbang dan membuat kita rasa tak keruan. Apakah puncanya bayi kurang aktif?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 punca bayi dalam kandungan kurang aktif. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.
Bayi dalam kandungan biasanya ada rutin tidur. Sama la macam kita kan. Kebiasaannya bayi tidur dalam 20-40 minit, dan tidak lebih daripada 90 minit. Masa tidur, memang bayi akan kurang bergerak. Kalau perasan la, semakin kita sibuk dan aktif bergerak, bayi akan semakin kurang bergerak. Ini adalah normal. Tapi jika ibu risau akan keadaan bayi, segera hubungi doktor anda ok!
Perasan tak, emosi dan keadaan fizikal ibu sangat mempengaruhi pergerakan bayi? Kalau ibu stress, anak dalam kandungan pun akan kurang aktif. Sebab hormon yang dikeluarkan oleh ibu yang sedang stress akan mempengaruhi pergerakan bayi. Haa baru tau ke?
Selain itu, ibu-ibu yang kekurangan air dan sedang berpuasa juga akan membuatkan bayi kurang aktif dalam kandungan. Sebab tu ibu hamil digalakkan minum air kosong banyak. Jika berpuasa, semasa sahur, pastikan ibu mengambil makanan yang boleh menjadi sumber tenaga seperti KURMA dan lain-lain.
Ada sesetengah kes berlaku air ketuban ibu leaking sebelum masanya. Leaking atau bocor ini kadang-kadang agak bahaya sebab kita tak perasan. Kita sangka kan hanya air kencing biasa. Bila leaking, air ketuban tak keluar dengan banyak sekaligus, tapi akan keluar sedikit-sedikit. Jadi sebab itu ibu kena selalu pantau pergerakan bayi.
Salah stau kemungkinan serius yang berlaku ialah “Placental Abruption”, situasi di mana placenta atau uri terpisah dari dinding rahim. Jika ini berlaku, situasinya adalah sangat serius dan akan menyebabkan bleeding. Situasi ini kadang kala berlaku bila si ibu terlampau lasak dan aktif semasa hamil atau mengalami tekanan perasaan yang mendalam yang boleh memberi kesan kepada kandungan.
Dalam sesetengah kes, bila berlaku placental abruption, bayi akan terputus bekalan oksigen dan darah dan boleh menyebabkan kematian. Pantau pergerakan bayi ye ibu-ibu.
Biasa dengar tak tali pusat terbelit? Haa itu antara punca utama yang menyebabkan Fetal Hypoxia ini. Ia berlaku bila tali pusat yang membekalkan oksigen kepada bayi telah terbelit dan menyebabkan bekalan oksigen terputus. Situasi ini boleh menyebakan kesan jangka panjang kepada perkembangan otak dan tumbesaran bayi.
*Pemakanan dan aktiviti harian perlu dipantau dan dijaga dengan baik. Setiap pergerakan yang kita lakukan akan memberi kesan kepada kandungan. Lakukan senaman ibu mengandung untuk mengekalkan kesihatan kandungan. Pemakanan seperti makanan yang berminyak perlu dielakkan dan banyakkan makan sayur-sayuran. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.