Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Ketahui 3 Punca Anak Suka Gigit Barang Dan Cara Mengatasinya

Anak kecil cukup sinonim dengan sifat ingin tahu dan gemar meneroka. Walau bagaimanapun, dalam proses eksplorasi mereka terhadap dunia sekeliling, anak…

AnakDikemas kini 4 September 2018oleh Siti 'Aisyah Rozalli
Kanak-kanak sedang bermain dengan objek di sekitar rumah

Ringkasan Ringkas

  • Anak menggigit objek bukan makanan kerana berasa bosan apabila tiada aktiviti, boleh diatasi dengan mengajar anak mencari aktiviti lain dan beri permainan manipulatif.
  • Menggigit kerana tabiat (habit) walaupun sedar ia bukan makanan, boleh diatasi dengan menegur dan mengingatkan anak untuk berhenti.
  • Menggigit kerana 'sensory seeking' lazimnya pada anak autism, diatasi dengan memberi input sensori seperti Chewy Tubes, urut mulut, berus gigi elektrik dan makanan keras.
  • Banyakkan aktiviti oral seperti meniup belon, bubbles, wisel dan menggunakan straw bagi mengurangkan tabiat gigit objek.
  • Tabiat memasukkan objek ke mulut adalah normal untuk anak 3 tahun ke bawah namun perlu diatasi agar tidak terbawa hingga dewasa.

Anak kecil cukup sinonim dengan sifat ingin tahu dan  gemar meneroka. Walau bagaimanapun, dalam proses eksplorasi mereka terhadap dunia sekeliling, anak kecil ini juga sering kali menggigit barang atau objek yang bukan makanan. Perkara ini kadang-kala mendatangkan kebimbangan dalam diri ibu bapa kerana sesetengah objek adalah berbahaya jika dimasukkan ke dalam mulut. Apakah punca anak suka menggigit barang dan bagaimanakah cara untuk mengatasi perkara ini?

Kanak-kanak bermain di ruang rumah yang selamat

Foto Kredit : youandkids.com

PUNCA ANAK SUKA GIGIT BARANG

Berikut merupakan 3 punca anak suka menggigit objek yang bukan makanan dan tips bagi mengatasi masalah anak suka gigit barang.

1. GIGIT APABILA TIADA AKTIVITI

Apabila tiada aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak, ia akan menyebabkan anak berasa bosan lalu mula menggigit objek yang bukan makanan. Cara mengatasi :-

  • Ibu bapa perlu mengajar anak untuk ‘mencari’ aktiviti lain bagi mengisi masa terluang mereka.
  • Beri anak permainan manipulatif yang boleh dimain sendiri oleh anak kecil ini agar masa terluang dapat diisi dengan sebaik-baiknya.

Kanak-kanak duduk makan di hadapan televisyen

Foto Kredit : topsante.com

2. GIGIT KERANA TABIAT (HABIT)

Terdapat kanak-kanak yang tahu bahawa sesuatu itu adalah objek itu bukan makanan dan tidak boleh dimakan, namun masih menggigit objek tersebut. Perkara ini berlaku kerana ia sudah menjadi tabiat (habit) dan kebiasaan anak dalam kehidupan seharian mereka. Cara mengatasi :

  • Tegur anak dan ingatkan anak untuk berhenti gigit objek tersebut.

Kanak-kanak menggigit kukunya

Foto Kredit : tabascohoy.com

3. GIGIT KERANA ‘SENSORY SEEKING’

Anak kecil yang menggigit objek bukan makanan kerana ‘sensory seeking’  pada kebiasaannya dapat diperhatikan pada anak autism. Cara mengatasi adalah dengan memberi input sensori pada sekitar mulut anak secara berkala :

  • Beri alternatif yang lebih selamat seperti ‘Chewy Tubes’.
  • Lakukan ‘Oral Massage’.
  • Gunakan berus gigi elektrik untuk memberi ‘vibration’ dalam mulut anak.
  • Beri makanan keras, liat dan rasa yang kuat seperti pedas / masam.
  • Hisap dan kunyah kiub ais.
  • Lebihkan aktiviti proprioseptif.
  • Banyakkan aktiviti oral seperti meniup belon, meniup bubbles, meniup wisel, menggunakan straw, melakukan aktiviti ‘straw painting’ dan sebagainya.

Mainan kunyah untuk merangsang deria kanak-kanak

Foto Kredit : sensorykidsoutlet.com.au

BANTU ATASI MASALAH ANAK SUKA GIGIT OBJEK

Adalah normal untuk anak berumur 3 tahun ke bawah memasukkan objek bukan makanan ke dalam mulut. Walau bagaimanapun, ianya perlu diatasi agar tidak menjadi tabiat sehingga terbawa-bawa ke alam persekolahan dan dewasa kelak. Diharap, perkongsian ini dapat meleraikan kerungsingan ibu bapa berkenaan masalah anak yang gemar menggigit objek bukan makanan. Semoga dengan tips-tips yang diberikan, ianya dapat membantu ibu bapa bagi mengatasi masalah ini di kalangan anak-anak.