Pasaraya adalah tempat di mana semua keperluan untuk harian kita ada di sana. Bahasa mudahnya, jika ingin membeli barang untuk keperluan rumah dan diri, boleh terus pergi ke pasaraya. Kita boleh pergi keseorangan atau ada orang yang menemani kita.

Selalu apabila sudah berkahwin dan mempunyai keluarga, kita akan pergi ke pasaraya bersama keluarga. Anak-anak paling gembira apabila pergi ke pasaraya kerana terdapat banyak mainan yang dijual. Ia adalah salah satu cabaran bagi ibu bapa untuk menghalangnya.

Jika kita lihat, setiap kali pergi ke pasaraya, mesti ada anak yang mengamuk atau menangis. Pening kepala ibu bapa yang hendak mengawalnya. Apakah punca anak mengamuk di pasaraya?

Mari kami kongsikan info sebenar punca anak mudah mengamuk (tantrum) di pasaraya. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita.

5 Punca anak mengamuk (tantrum)

punca anak mengamuk
Imej via ibudoakan.com

Tantrum biasa terjadi kerana beberapa punca. Antaranya ialah :

1. Kecewa.

Jangan dikira hanya orang dewasa saja yang boleh rasa kecewa atau frust menonggeng. Anak-anak pun mengalami hal ini.

Misalnya, anak-anak akan menjadi cepat marah apabila mereka tidak dapat sesuatu yang sangat mereka inginkan.

Dalam erti kata lainnya, mereka gagal. Kegagalan inilah yang mendorong wujudnya rasa kekecewaan, dan akhirnya kemarahan itupun meledak

2.Letih atau terlalu penat.

Anak anak yg keletihan dan kepenatan melampau akan menjadi mudah marah. Aktivitinya yg padat dengan waktu bermain akan membuat anak cepat marah & beremosi.

3. Ibu bapa terlalu menghalang.

Sikap orangtua yang terlalu banyak menghalang & mengekang anak turut menyumbang kepada penderaan emosi anak.

Anak akan berasa stress apabila dihalang untuk membuat sesuatu kerana mereka merasakan seolah olah tidak dipercayai. Anak anak ini pada suatu saat akan mencapai titik kemuncak stress dan mengakibatkan api kemarahan yang dipendam meledak.

4. Sifat dasar anak yang emosional.

Beberapa anak mewarisi sifat dasar emosional daripada ibu bapanya. Cek diri kita, adakah kita bersifat emosional?

Mereka ini cenderung untuk hilang sabar dengan mudah serta akan marah marah meskipun atas perkara yang remeh temeh.

5. Keinginan terlalu mudah dipenuhi.

Salah satu kesalahan yang lazim dilakukan oleh ibu bapa adalah terlalu mengikut kata anak anak. Semua keinginan anak dipenuhi dengan mudah tanpa mahu mendidik anak itu bagaimana caranya untuk memperoleh sesuatu yang diingini.

Menangis sedikit anak dipujuk dengan aiskrim atau mainan. Nah, akhirnya ini akan menjadi kebiasaan, & anak anak ini sudah mengenali pola game yang dibentuk sendiri ibu bapa.

Suatu ketika, dia ingin memiliki sesuatu, dia akan menangis & mengamuk jika keinginan tidak segera dipenuhi oleh ibu bapanya.

*Senarai di atas adalah punca-punca anak mengamuk di pasaraya. Tetapi kita boleh menghindari anak daripada mudah mengamuk dengan mendidik mereka sejak kali pertama jejak di pasaraya.

Jika anak mahukan mainan, cuba berkata dengan lembut dan katakan ‘tidak boleh, lain kali, okay’. Lama kelamaan mereka akan faham. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.