Jom buat kuih raya dengan Cadbury sempena raya ini! Cadbury Dairy Milk ingin mengajak semua rakyat Malaysia bersama-sama menyediakan kuih raya dari hati dan menyumbang kepada komuniti yang memerlukan menerusi kempen Kuih Raya Dari Hati di bulan Ramadan tahun ini.
Cadbury Dairy Milk dengan kerjasama pembuat kuih tempatan akan berkongsi pelbagai resipi enak serta unik seperti, Kek Batik Coklat Cadbury, Biskut Keju Cadbury, Almond London Cadbury dan Tart Coklat Cadbury, yang terkenal dengan rasanya yang tersendiri dan kelazatan coklat Cadbury Dairy Milk.
Memandangkan pandemik ini telah menjejaskan kehidupan banyak isi rumah berpendapatan rendah dan menyukarkan usaha mereka dalam mencari pendapatan, ramai rakyat Malaysia telah tampil menyahut cabaran dan menghulurkan bantuan. Diinspirasikan oleh usaha mulia tersebut dan didorong oleh semangat kedermawanan yang selaras dengan jenama Cadbury Dairy Milk, serta nilai dan budaya ‘Kepelbagaian dan Keterangkuman’.
Cadbury Dairy Milk mendorong rakyat Malaysia untuk menyediakan kuih raya serta bersama-sama menyertai program kemasyarakatan ini. Berikut adalah langkah-langkah untuk menyertai kempen ini:
Anda pasti berasa gembira apabila mengetahui bahawa bagi setiap kuih raya yang dibuat dan dimuatnaik di Instagram*, Cadbury Dairy Milk akan menyumbang kepada komuniti yang memerlukan. Food Aid Foundation akan menghantar pek sumbangan Raya yang mengandungi barangan keperluan, duit raya dan Kuih Raya Cadbury Dairy Milk kepada keluarga yang memerlukan.